Lelaki Itu dan Payung Merah
Hujan gerimis sudah sejam turun, namun masih tiada tanda-tanda mahu henti. Tempias air kian membasahi pondok bas kecil itu. Bajunya sudah basah dek usahanya berlari dari bangunan the School of Law ke pintu barat universiti. Kalau tak lari, nanti lagi makin basah. Menyesal tak ke sudah sampai sekarang masih ada sebab tak pakai jaket kalis airnya. Diingatkan cerah sehingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
"Berapa lama lagi patut aku tunggu di sini? Mana bas ni? Takkan la tak sampai-sampai lagi." gumamnya sendirian. Nak tak nak, dia harus juga naik bas ke city centre. Janji tetap janji, jangan dibesarkan lagi istilah 'janji melayu' itu, apa lagi janjinya ini dengan rakan berbangsa cina dari Singapura. Mahu juga dia disumpah seranah nanti kalau sudah kali ketiga dibatalkan perjumpaan dengannya.
Lengannya melingkari tubuh, terhenjut-henjut cuba memanaskan diri.
****************
"Kau orang dah kat mana tu?" Kedengaran suara Natasha dari telefon bimbitnya.
"On the way lah makcik! Kau ni bawak bersabarlah sikit. Bukan senang okay nak gerak ramai-ramai ni. Dalam sejam lagi kitorang sampai la. See you soon." jawab Yaya, dari tadi dicall berulang kali oleh teman baiknya.
"Yelah yelah. Stay safe."
Lalu talian diletakkan. Bergerak dalam kumpulan yang besar ini bukan mudah. Banyak kepala yang perlu dikira selang dua tiga minit, supaya tidak ada yang ketinggalan.
Empat puluh minit berlalu. Kedengaran hanya gelak ketawa antara mereka, berborak panjang setelah lama tak berjumpa, bertanya khabar itu ini dan tak lepas juga dari gosip hangat sensasi tika itu. Mwehehe.
"Stesen berikutnya. Klang. Your next station. Klang." suara perempuan keluar dari corong speaker di dalam gerabak train itu.
"Jom guys. Dah sampai dah Klang ni."
Satu persatu rakan-rakannya turun dari gerabak, sehingga kelihatan kosong gerabak itu. Mana tak nya, sudah hampir pukul 10 malam. Siapa je yang naik train malam malam, lagi lagi nak mengarah ke arah Pelabuhan Klang. Line train ini selalunya sunyi, kecuali ketika peak hour orang mahu pergi dan pulang dari kerja. Itu sahaja.
Keluar sahaja mereka dari palang automatik (yang tidak pernah berfungsi), habis basah muka terkena tempias air. Hujan! Masha Allah selebat-lebatnya hujan, tidak pernah selebat ini. Apatah lagi dengan keadaan malam gelap, nak nampak kedai mamak yang seberang jalan dari stesen KTM itu sahaja pun tak ternampak. Macam mana nak gerak ke kolej kalau gini?
"Yaya, teksi takde lah. Sebijik pun takde. Macam mana ni? Kolej dekat je dalam 10 minit jalan, kan. Tapi hujan lebat macam ni, nak jalan setapak pun tak lepas." rakannya Ana memberikan liputan buletin utama secara langsung ketika itu. Dah acane ni doh?
"Jap aku try call someone."
Tettt tett. Tett tetttt. Tett teetttt.
"Weh apasal lambat sangat angkat. Kitorang kat sini dah. Kat stesen KTM. Tapi tak boleh gerak, hujan lebat nak mati. Can you ask someone, sesiapa yang ada kereta tolong jadi mat pikap kitorang anak-anak dara pingitan tepi jalan ni? Please please."
"Lah teksi takde ke?"
"Cik Natasha kesayangan. Kalau ada, aku dah tengah memekak betul-betul sebelah telinga kau dah ni. Alahai."
"Jap jap. Aku rasa ada bebudak laki tu ada kereta. Nanti aku tanyakan. Korang just wait there okay. Don't talk to strangers." Talian diletakkan.
Haih, ada jugak yang kena cepuk jugak nanti. Apasal susah sangat nak gerak dari satu tempat ke tempat ni? Ujian apa yang cuba kau tunjukkan ini ya Rabb? Yes, ujian mintak aku bersabar. Yep. Totally. Dari krisis pagi tadi sehingga malam malam buta ni. Dalam hati, berantai-rantai doa dipanjatkan buat dipermudah urusan. Itulah, dari awal tadi tak reti nak doa, dah lembik macam mayat kat sini baru nak doa. Itulah manusia. Haih.
Berkali-kali lagi aku telefon member aku di Kolej, bertanyakan status pikap kami. Dan berkali-kali jugalah aku terpaksa call pelbagai macam orang sana sini yang suruh aku bertanya kepada orang ini yang kemudian suruh aku bertanya pula pada pakcik van daerah Shah Alam pulak. Penat doh penat.
Dua puluh minit berlalu. Masih tiada tanda-tanda ada insan yang sudi jadi tukang pikap. Stesen sudah sepi, yang memeriahkan hanya kami. Oh dan juga pakcik di kaunter tiket yang separuh masa lagi mahu ke kayangan. (jangan lupa baca doa tidur pakcik, kehkekh)
Honnn honnn!
Honnn honn!
Waktu itu, hanya tuhan sahaja tahu betapa bersyukurnya aku nampak sebuah kereta merapati lalu parking betul betul depan kami yang sedang berteduh.
"Tapi siapa yang datang jadi knight in shining armour kami ni?" gumam aku sendirian.
Dan waktu itulah juga tiba-tiba segala pakcik-pakcik teksi daerah Klang yang dari tadi tak nampak batang hidung baru muncul. Maka tu diaaa, penat-penat aku telefon sana sini, semua pakcik-pakcik teksi datang to the rescue! Muah ciked!
Maka sekalian rakan-rakan bergerak menujuk ke teksi masing-masing, dengan aku dan dua orang lagi kawan aku berbaki. Tak cukup teksi, tapi takde masalah. Boleh ditunggu lagi seminit dua, niat untuk memastikan yang lain selamat sampai itu lebih penting.
"Tapi siapa punya kereta Waja ni?" gumam aku lagi.
Pintu pemandu terbuka. Payung warna merah terbuka lantas bergerak bersama-sama pemiliknya ke arah aku. Debaran di hati hanya tuhan yang tahu, jantung hampir terperosok keluar dari rib cage. Adakah itu gegaran di tulang rusuk yang aku rasa?
Dia!
Kenapa dia di sini?
Dia buat apa?
Macam mana dia tahu aku ada di sini?
Sejak bila dia alumni Kolej aku?
Sudah lama tak nampak, and suddenly dia di sini?
Apakah ini?
Dunia realiti atau mainan mata aku yang penat?
"Sorry, Yaya. Diorang baru bagi tahu kau tersangkut kat sini. Jom lah naik, kesian kau tunggu lama."
Maka dihulurkan kepada aku payung merah itu, dan dia bergegas kembali ke kenderaannya.
Jap, jap. Hold on a minute.
Adakah ini namanya cinta?
**********
p.s. cerita hanya rekaan semata. kot. hehe.


Comments
Post a Comment