Promises

One thing for sure. Never, ever, ever make promises if you can't keep one.

"Yaya, ni ada kawan awak call!"

"Coming, Mama. Kejap kejap!"

Bergegas ku berlari masuk rumah. Eh siapa pulak lah yang call pagi pagi ni? Aneh. Mana ada sesiapa tahu aku tengah cuti sem sekarang ni. Aneh sungguh.

"Hello. Ni Yaya. Siapa bercakap di sana?"

"Assalamualaikum. Ya, ni Nana lah! Bukan main dia formalnya haha. Kau kalau iya pun nak holiday, tak payah la nak off off phone segala. Jenuh aku cari nombor rumah kau tahu. Haih."

"Oh oh Nana! Sory lah weh. I just need some time off. Kau tahu lah kan prinsip aku. Kalau cuti tu cuti sungguh no connection langsung. Hehe. Ampun maaf mbak!"

Senyuman makin melebar. Kasihan sahabat aku sorang ni. Rasa bersalah pun ada.

"Eh I gottago la Na. Going out kejap. Nanti kita borak ye, aku janji aku call."

"Okay. Janji?"

"Janji!"


*********************************

Tett tett tett tett.

Bunyi mesin pernafasan kedengaran di sebalik pintu. Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak? Hm might as well I'm already here. Masuk je lah! Okay okay chill chill. Okay.

"Assalamualaikum"

Pintu dibuka perlahan-lahan.

"Waalaikumussalam. Oh Nana, masuklah. Aunty ingat awak datang malam."

Salam disapa oleh seorang wanita lingkungan umur 40-an.

"Aunty Zue sihat? Lama sangat dah tak jumpa kan. Maafkan Nana, Aunty."

"Lah takde apa apa lah. Aunty pun bersyukur sangat sangat dapat jumpa awak. Walaupun dalam keadaan macam ni. Hm."

"Yaya macam mana Aunty? Dia okay tak? Macam mana, cedera teruk ke? Doktor kata apa? Bila dia boleh pulih?"

Soalan bertalu-talu. Hujan lebat tempias dari koridor terasa sehingga ke dalam wad. Lorh kenapa enggak ditutup sliding door tu? Sejuknya!

"Alhamdulillah dia okey je. Luka ringan di tangan kaki akibat kaca pecah, tapi tak ada yang parah. Cuma doktor kata hentakan di kepalanya masih dalam diagnosis. Ada kemungkinan hentakan tu boleh menyebabkan memory loss, but the doctor still does not know to what extent lah. Aunty pun tengah risau, tunggu doktor."

Air mata mengalir. Ya Allah, Kau lindungilah sahabatku ini, berilah kekuatan kepadanya, kembalikanlah dia kepada kami sepertimana sebelumnya. Allahumma ameen.

***********************************

Mata dibuka perlahan-lahan. Where am I?

"Doktor! Doktor! Patient dah sedar!"

"Oh sakitnya kepala. Siapa awak? Saya kat mana ni?"

"Yaya. Yaya. Ni Mama ni. Yaya okey tak? Rasa sakit lagi ke?"

"Er maafkan saya tapi makcik ni siapa?"

Angin ribut tak ada, tiba tiba makcik itu pengsan. Eh eh kenapa ni kenapa? Apa yang berlaku ni?!

********************************


Satu demi satu helaian album diselak. Sumpah aku tak kenal muka muka ini. Betul ke mereka semua ni keluarga aku, rakan rakan aku, guru guru aku? Serius? Kenapa aku tak cam langsung? Kenapa mereka semua bagaikan makhluk asing bagi aku? Kenapa aku bagaikan baru bangun dari tidur dari sebuah mimpi yang memang aku tak mampu nak recall apa apa sekalipun? Kenapa kenapa kenapa?

"Aduh sakitnya!"
Ubun ubun kepala diurut. Recalling memories is really really making me sick, rasa nak vomit sangat dah oi.

"Sayang Mama okey?"

"Okey je Ma, jangan risau. Mindblown nak ingat semua semua ni buat kepala sakit. Macam tengah exam pulak hehehe"

Mujur, dalam sehari dua aku boleh ingat semula wanita ini sebagai ibu yang melahirkan aku. Kasihan Mama! Kalau aku tak ingat ingat jugak, mungkin tak bangun bangun Mama dari pingsannya haritu. Nauzubillah!

Petang nanti doktor bagi release ward. Yeay balik rumah! Sendat peparu aku duduk bilik terperap ni, macam penjara. Dapat udara segar tu pun petang petang kalau nurse tu rajin nak bawak jalan. Kalau tidak, harapkan Mama je lah tolak aku ke sana ke mari, tapi mana je la nak pergi dalam hospital ni ye dak?

Oh ya! One of the perks of being here actually, buat aku lebih syukur berganda ganda. Kenapa? Yalah now I know how it feels like to have your whole life stuck to a life machine, how it feels to know that you have only months to live, how it feels to cannot eat what you want to eat! Oh yang bab makan tu sangatlah buat aku menangis bergolek dalam comforter berminggu minggu lamanya. Berita second paling buruk selepas berita aku amnesia ialah bila doktor suruh pantang makan bagi mengelakkan brain neurons aku rosak (sebagai contoh makanan berMSG). Walaweh! Dah kurus, makin keding macam cicak kubing aku nih. Mujur juga Abah ada, sangat memahami dengan membawa supply 'makanan haram' untuk aku. Hehehe. Nikmatnya ayam KFC spicy tu sehingga menjilat pipi duhai!

Dah dua minggu aku berkeadaan begini. Bit by bit aku dah mampu ingat aku siapa and more important things in life for me. Thanks to Nana lah, hari hari lepas kerja mesti singgah bawak 'makanan haram' dan bantu aku ingat. Kalau ada events yang aku lupa, dia punya descibe tu boleh buat novel 30 jilid gitu! Hahaha semangat betul. Ni baru namanya kawan kan? Rupanya berita aku kemalangan tersebar luas kalah berita kahwin Che Ta. Siap masuk TV3 kot! Osem tak osem? Ngahahahha (gelak ngade). Hari hari mesti ada je sahabat handai, rakan taulan, keluarga muarga (eh betul ke?) datang melawat. Doktor risau tengok aku makin bambam, dia kata orang sakit selalunya tak lalu makan apalagi makanan hospital. Aku hanya mampu tersenyum lebar.

Amnesia aku ni doktor kata ada kemungkinan tidak akan pulih sepenuhnya. Some things will come back one day or another, others sometimes won't forever. Tapi aku tak menyesal, sedih pun tak. Let it be, if Allah says so, then I'm fine with it. I can create new ones!

"Nana, siapa lelaki ni? This picture, of him and me."
Tengok gambar puas tenung pun aku masih tak boleh ingat dia ni siapa, mana mungkin namanya aku nak recall.

"Oh itu. I don't think you want to remember him. Just anggap je lah dia someone you regret knowing okay sayang."

Aneh.

"Lah cakap je lah siapa. Takyah nak rahsia rahsia sangat lah. Hensem ni, mesti kau jeles kan ada gambar aku dengan dia hehehe" Senyumku semakin sinis. Saja mengusik.

"Ish tak kuasa aku nak jeles makcik oi! For your information, that's your ex boyfriend or whatsoever you thought he was dulu. Tak perlu tahu apa dia buat, tak perlu ingat apa kau buat. Just let it be. Jangan ingat. Okay?"

Ex? Boyfriend? Wow maju jugak aku. Pejam celik pejam celik still blank. Nope, no memories of him at all dalam simpanan.

"Aku janji dengan kau dahulu macam macam kan. Sekarang aku mohon maaf kerana tak dapat tunaikan. Janji janji itu aku tarik balik, dan janji janji kau aku lupakan sahaja. I think it will be the best for both of us. Sehingga berjumpa lagi."

Dushh! Suaranya berdesup desup macam nak pecah gegendang telinga aku. Muka tak ingat, nama tak ingat, tapi suaranya pulak yang menerjah.

Yeah. We've promised a lot of things. Now syukur lillahi Allah kurniakan aku amnesia ni. Supaya memori pahit itu tak perlu datang menghantui aku semula.

Terima kasih Allah.

********************************

Janji itu bahaya, lagikan bahaya daripada pedang. Once you made your promise, you are permanently tied to it. No going back. Kalau tak tunaikan, maka hadaplah Yang Maha Kuasa di Hari Perhitungan kelak, terkaku kaku menjawab. Typing bout it pun buat aku goose bumps hekau!

Sentiasa berhati hati, ketika melafazkan kata 'Janji'.

Janji?

Mendung pagi
10 September 2014
Mantin, Negeri Sembilan

Comments

Popular Posts