Putar Kembali

"Sarah, estimated time of arrival would be one hour. Jangan lupa ambil saya ya! See you love. Bye"

Haih, masuk voicebox pula. Okay Yaya chill okay. Don't worry. Sarah pasti akan jemput kau.


***


"Where the hell is this girl?! Damn. Dah gelap malam dah ni! Ergh."

Jam di tangan dipandang sekilas. Sudah sejam lebih menunggu, namun Sarah masih tidak kelihatan. Janjinya mahu jemput lepas asar terbang dibawa angin. Ditelefon berkali-kali tapi asyik masuk mailbox. Sekarang sudah isyak. Mujur juga ada surau di stesen keretapi ini. Air mineral sudah sebotol habis bagi mengalas perut yang berkeroncong lapar. Buku 'Reclaim Your Heart' hanya mampu dipegang, tetapi langsung tidak dibaca dek kerisauan di hati yang membuak-buak.

"Manalah si Sarah ni? Dia mana pernah lambat. Masa itu bagaikan nyawa baginya, lambat kejar masa maka melayanglah nyawa anda. Hm mungkin dia ada masalah, masakan boleh lupa aku. Hanya Allah sahaja yang tahu the reason behind this. Benarlah, sebaik mana plan kita disusun, Allah is the Best Planner. Sabarlah Yaya, nanti sampai lah tu"

Yaya pandang kiri kanan. Fuh nasib baik tak ada orang. Kalau tak diorang mesti ingat aku gila, membebel sorang malam-malam cegini. Heh.

Tiba-tiba iPhonenya bergetar. Paparan menyala. Sarah! Skrin diswipe.

"Yaya yaya yaya yaya. I'm really sorry. Kereta aku pancit dan aku masih di bengkel kereta. Telefon aku mampus baterinya, ni aku pinjam charger tokey bengkel. Aku dah call Abang Im. He's on his way there to pick you up. Nanti dia hantar direct ke rumah. See you there okay. Sorry sangat sangat, sorry. Kau okay kan?"

Segala dendam amarahnya lupus begitu sahaja. Kan betul, pasti Sarah ditimpa masalah sehingga lewat menjemputnya.

"Takpe takpe. Jangan risau. Alhamdulillah aku masih baik baik di sini. Jumpa kau di rumah."

"Don't talk to strangers okay sweetheart. Assalamualaikum."

"Wassalam."

Fuh akhirnya dia mampu menghela nafas lega. Sarah, kau buat aku cuak saja tau.

PON PON PON!

"CIK NATASYA!"

Seorang lelaki menjengah kepalanya keluar kereta, memanggil dan melambai-lambai ke arahnya.

Naim.

****

"Kenapa lambat?"

Mulutnya dicebikkan, acah acah merajuk. Beg haversack diletakkan di seat belakang, lalu bergerak duduk di passenger seat.

"Haha. Sorry sorry. Lama ke kau tunggu? Maaflah. Time Sarah call tu aku kat surau, phone dalam kereta. Lepas isyak baru aku baca mesej dia, terus aku bergegas ke sini. Kau bersyukur lah aku just in time ambik kau sebelum mamat indon mana culik. Haa takut tak takut tak?"

Naim tersengih-sengih sambil garu kepala. Cuba buat lawak bagi meredakan ketegangan.

"Tak lawak lah. Apa tunggu lagi? Gerak lah!"

"Okay okay. Baik madam boss tuan puteri mahkota intan payung anak pakcik Rehan"

Naim kembali menoleh ke hadapan, beri isyarat ke kanan dan menggerakkan kereta Honda Civicnya. Ada ada aje mamat ni, ujar Yaya dalam hati. Tersenyum sebentar dia dibuatnya. He never fails to make me smile, this guy. Never fails to be my knight in shining armor kadang kadang. Memorinya berputar kembali, lapan tahun yang lepas.

~~~~

"Naim! Aku anggap kau macam abang kandung aku sendiri tahu! Why suddenly like this?"

Rasa mahu sahaja menetak-netak lelaki ini dengan dessert fork di tangannya. Gila apa dia ni! Sarah di sebelah mendiamkan diri. Mata Yaya dijegilkan sebesar-besarnya.

"I know I know. Well don't get me wrong. Aku pun dah anggap kau macam adik sendiri. Just please, ignored what I said earlier okay. Alah kau macam tak biasa je angin merepek aku ni kan. Heh."

Matanya dijegilkan lagi besar. Potongan kek Indulgencenya dibiarkan sepi.

"Merepek kau kata? Woi merepek tahap dewa gila kau kalau iya pun. You can't play around with this kind of thing okay."

"OK OK, I know. Tapi, aku sayang kau, dan aku tak sanggup tengok kau merana macam ni dengan budak tu. Dia tak layak dapat perempuan sebaik kau. And well you are better off with someone nice, decent, intoxicatingly handsome, and smart. Like me! Kan Sarah kan, setuju kan dengan Abang Im kan? Don't deny that I'm better kan?"

Naim tersengih lebar, mendepakan tangannya seluas luas mungkin. Nila setitik, kecil tapak tangan ditadahkan.

"Abang Im, please. Just drop it. Not now, not in front of our rezeki"

"Adikku Sarah, it's now or never. Better kalau abang spill like this and knowing that she'll make her right choice right now and then. Kau pun tahu kan kawan kau ni dipergunakan, dianiaya sahaja. Would you want to just sit back and let her suffer like this? Come on lah bijak pandai sekalian. Think!"

"Naim, please. Sekarang aku tengah bertungkus lumus menyelamatkan all what is left. Please don't make it harder for me. Please?"

Nada suaranya yang tinggi tadi diturunkan. Mode memujuk pula digunakan. Mamat ni mana mahu makan saman kalau orang marah-marah. Dia buat tak dengar je.

"Okay. Just this once, for you, but not for him. Tapi kalau dia ulang lagi buat masalah, bela ego dia yang tinggi bukan main tu, siaplah!"

Naim toleh memandang meja-meja bersebelahan. Kosong sahaja kedai Secret Recipe harini. Orang pakat cuti balik kampung.

"Thank you, Naim. I really appreciate it. Oh lucky you, makanan dah sampai pun. Jom makan."

Yaya menarik nafas lega. Haih. Relationshipnya dengan lelaki pujaan hatinya ketika di sekolah dulu sentiasa ditentang keras Naim. Bukan apa, mungkin seringkali kalau ada masalah apa-apa, dia selalu rujuk Naim, merangkap bestfriend dan abang kepada bestfriendnya jugak, Sarah. Naim sangat protective, lagi lagi sejak umurnya menjengah 20-an. Belum lagi berkahwin, katanya tak jumpa lagi yang berkenan di hati. Haha. Naim oh Naim.

"Oh Yaya, since this is your so-called belated birthday treat, Sar dengan Abang Im ada belikan you something. Nah ambil lah, hadiah daripada kitorang."

Paper bag warna merah bercorakkan bunga ros dihulur. Senyuman Sarah dan Naim melebar. Muncung Yaya yang panjang sehasta tadi berubah menjadi sengih kerang busuk. Terharunya tak terkata! Ada hadiah. Hehe.

"Awh terima kasih. You guys so sweet lah. Tak tahu nak kata apa. Buat susah susah je."

Haha ayat berbasa basi. So lame Yaya, so lame. Suka tu cakap je lah suka. Luls.

"Apa pulak 'tak tahu nak kata apa' nya? Tu yang membebel tu ape benda. Hahaha"

Naim gelak besar. Yaya buat bodoh, malas nak layan bahannya pagi pagi ni.

Paper bag dibuka. Matanya ditumpukan pada objek di dalam. Sehelai kain dikeluarkan.

"Shawl merah halfmoon 'thealiahazwa' design latest lah! Ohoho dah lama berkenan tapi tak nyempat nak pergi butik. Thank you guys, I really love this. Apa lah membazir beli mahal mahal untuk I, siapa lah I ni kan."

Sengihnya masih tak luntur-luntur. Hatinya melompat-lompat girang.

"Abang Im yang beli. Sar pun ada design yang sama. Abang Im tahu kau mesti jealous kalau dia belikan untuk Sar sorang je. Tu dia beli dua. Matching gitu. Abang Im kalau boleh mesti nak pakai satu jugak kan? Ngehehe mana lah tahu, buat jadi serban pergi masjid."

Sarah mengusik abangnya. Bukannya dia tak tahu, abangnya purposely pergi butik 'thealiahazwa' semata-mata mencari hadiah untuk Natasya, tapi nak bagi adil, dibelikan jugak untuk adiknya. Cover konon. Bhahaha.

"Dah kau diam. Jangan nak buat cerita pulak. Makanan aku dah sejuk dah ni."

Yaya tersenyum. Untunglah siapa yang jadi bini kau, Naim. Untung sangat.

~~~~

"Jauh mengelamun kak. Bukan main tersengih-sengih lagi tu. Teringat siapa tu?"

"Diamlah Naim, kau ni kalau sehari tak merosakkan mood aku, tak sah hidup kan. Sibuk!"

"Tasya oh Tasya. Sejak balik UK ni cranky sepanjang masa. Dengan aku pun dah nak berego melangit. Chill la brader. Ni kita nak vacation kan. Kau relax, relax jap. Tenangkan otak, jangan duk pikiaq banyak sangat lah. Berkerut dahi kau tu, aku pun dah tak interested nanti. Ha baru tahu padan muka."

"Hahaha shaddap Im. Oh iye lupa tanya. Kak Amy apa cerita? Lama tak jumpa dowh. Hehehe tunang kau yang cantik lawa tu taknak ikut kita vacay jugak ke?"

Serius lama tak jumpa Kak Amy. Dia kenal Kak Amy sejak tingkatan empat lagi. Beliau ketika itu tingkatan lima, merangkap penolong ketua umum sekolah. Hebat oi. Tak sangka dalam nakal-nakal Naim tu dia ada hati jugak pada partner in crime nya di UiTM. Hohoho. Paling frust menonggeng bila Naim melangsungkan pertunangannya dengan Kak Amy ketika dia first year di London. Frustnya lahai.

"Tunang? Oh Sar tak cerita kat kau ke? FYI, Kak Amy kau putuskan pertunangan kami bulan lepas. Katanya hatinya berubah. Yelah kan, aku tahu aku handsome, tapi mungkin ada lah kot yang lagi handsome kat luar sana tu. Entah lah. Allah jua pemegang segala hati, berkuasa membolak-balikkannya."

Naim mengeluh. Nafasnya berkepul-kepul keluar. Sejuk dingin aircond kereta membuatkan bulu romanya naik. Sumpah, berita ini sangat mengejutkan, bagai batu menghempap. Debob!

"NAIM! What happened? Kenapa tak cakap kat aku pun?"

Naim tidak pernah tidak cerita pasal Kak Amy padanya. Kalau tengah skype, berjela panjangnya bercerita pasal Kak Amy sahaja. Kak Amy ni lah, Kak Amy tu lah, Kak Amy pandai ni lah. Semuanya Kak Amy. To him, Kak Amy is his whole life, dijaga bagai batu permata dalam kotak baldu.

"Aku tak cukup sweet kot. Yaya, kau rasa aku sweet tak?"

"Naim, you are not answering my question with another question. Jawab lah. Apa jadi?"

Empangan matanya tidak mampu menahan air mata yang bertakung. Kisah Naim dan Kak Amy bagaikan kisah dongeng Disney coming true baginya. Indah hubungan mereka berdua. Diam diam menyimpan rasa, tak lama lepas Naim meluahkan rasa, mereka bertunang. Tarikh perkahwinan mereka juga dianggarkan hujung tahun ini. Takkanlah Kak Amy yang baik bagaikan malaikat itu mampu berubah hati?

"Amy kata hubungan kitorang semakin hambar. Mungkin sebab bertunang lama sangat, membuatkan dia berasa bosan. Lagi lagi dengan aku pun asyik terkejar-kejar overtime, nak kumpul duit nak bina rumahtangga nanti. Aku terabaikan dia. Aku jarang bertanya khabar, aku pentingkan kalian berdua bandingkan dia, aku pentingkan kerja. Setiap kali perbualan, pasti endingnya sama ada dia atau aku bermasam muka. Kadang kala dituduhnya aku punya perempuan lain, ada niat nak cari spare part. Macam macam alasan dia bagi, tapi aku tahu, sebenarnya hati dia yang berubah. She just lost the love for me, none anymore. Noktah."

Hakikatnya dia tahu. Mungkin ada benarnya dalam alasan Kak Amy itu, dan mungkin ada salahnya.

Mindanya kembali berputar ketika dia di tingkatan lima.

~~~~~

Apa yang paling digeruni dalam sesebuah rumahtangga adalah cerai. Baginya, pergaduhan Mama dan Abah adalah perkara biasa dalam mana mana rumahtangga. Ustaznya juga berkata begitu, "Biasalah norma kehidupan ada naik turunnya". Namun tidak disangka-sangka gaduh yang kecil-kecil itu makin menjadi-jadi, berubah menjadi kritikal.

Sekolah berasrama penuh, dia jarang sekali pulang ke rumah. Kalau ada cuti bermalam, pasti dia ada sahaja mana-mana pertandingan debat yang menghalangnya pulang. Balik rumah itu bagaikan satu situasi yang boleh dibilang dengan jari sahaja dalam setahun. Namun, baiknya mama abah, setiap hari ahad pukul tiga petang, pasti namanya berkumandang di kawasan asrama puteri. Hot stuff mingguan.

"Perhatian kepada Nur Natasya Rehan, pelajar tingkatan lima. Anda ada pelawat."

And they never miss. Tak pernah tak datang, bawak makanan yang dimasak. Bukan untuk dia seorang, tetapi kadang-kadang untuk seluruh warga dormnya, seramai 30 orang itu. Ketika namanya diumumkan, semua orang excited. Tak sabar menunggu habuan yang bakal dibawa. Haha.

Bulan trial exam lagi lah pressure. Trial SPM is around the corner, just a month away. Nak dijadikan cerita, peliknya minggu itu, namanya diumumkan pada hari sabtu.

"Eh, mama salah tengok hari ke? Haha", gumamnya sendirian.

Dia berlari berkejaran dari katil ke almari. Tudung, kain dan stoking disarung. Pakai kasut secepat kilat, lalu bergerak pantas menuju ke kantin sekolah, pusat lepak mingguan biasa.

"Eh. Abah! Sorang je?"

Tangan abah dicium. Dua belah pipi abah juga dicium. Namun mindanya masih ligat berputar.

"Mama mana?"

"Mama ada meeting kat sekolah."

Dan perbualan diteruskan seperti biasa, teh tarik di tangan.

Things got weirder the next day.

Namanya diumumkan sekali lagi pada hari ahad. Oh ini sudah melampau! Dua dua hari minggu ada pelawat. Rakan-rakannya ada yang memandang dan tersenyum gembira, 'bertuahnya Yaya, parents datang hari hari', namun ada jugak yang ternampak sekilas riak cemburu. Ampun sahabat sahabat.

Dia sekali lagi berkejaran, kali ini dari bilik dobi ke dorm. Pantas meloloskan diri ke kantin.

"Eh. Mama sorang je? Abah mana? Kenapa mama tak datang semalam?"

Tangan mama dicium. Dua belah pipi mama juga dicium. Ini sudah lain macam je.

"Abah datang ke semalam? Oh mama pergi kelas menjahit."

And the answers weren't the same. Something was not right.

Menelefon adiknya di rumah akhirnya merungkai segala persoalan. Air matanya menitis ke gagang telefon. Bergaduh lagi rupanya. Lebih teruk, abah tak duduk rumah. This was noticed bila abah keluarkan bekalan makanan, dari boot keretanya penuh dengan beg, baju, tuala, kasut dan sebagainya. That was heartbreaking. Dan sepanjang dua bulan itulah, buat lapan minggu berturut turut, namanya diumumkan dua kali, both on saturdays and sundays. Not one word was said about this.

A lot could be explained about this. Mungkin abah outstation selalu sangat. Sejak kecil lagi, abah merantau jauh, kerjanya memanggil beliau ke sana sini. Mama ditugaskan menjadi ibu dan ayah most of the time. Mungkin mama rasa terabai. Dia dan adiknya juga rasa begitu. Hubungan ayah dan anak juga semakin renggang. Apa apa masalah semua dirujuk mama. Abah cuma ditegur kalau sesuatu diperlukan, sign borang dan sebagainya.

Dan benda yang baik, kalau disimpan diperam dibiarkan, lama lama busuk jadinya.

She went through her exams, dengan fikiran berkecamuk dan perasaan bergolak. Kuatkan diri Yaya, don't mix your life and your studies.

And she never did.

Not even once.

~~~~

"Aku faham kenapa Kak Amy kata dia mungkin rasa terpinggir. Tapi aku tak rasa that is a good enough reason untuk putuskan pertunangan terus. That's insane! Gila."

"Entah. Aku pun malas nak gaduh. I tried to fight for her, for us. Tapi kau tahu kan dia, kalau dah kata 'no', maka 'no' lah jawabnya. Tiada kompromi."

"I'm sorry to hear this, Naim. I'm really really sorry."

"Tak mengapalah. Belum jodoh kitorang. Tapi aku rasa jodoh kita berdua kuat lah. Kau tak rasa macam tu ke? Tak rasa ke fefeeling tu?"

"Haa mula lah tu nak merepek. Dah dah. Jom singgah mamak, aku lapar."

"Orait mem."



***



29 Disember 2014
Shah Alam, Selangor

Comments

Popular Posts