Ketenangan

Memikirkan kembali semua yang terjadi, bukan senang. Accident yang aku lalui dua tahun lepas masih ada after-effectnya. Mimpi aku malam-malam itu kadang kala dirasakan antara memori lampau aku yang masih belum kembali. Ada antaranya menyakitkan, namun ada juga yang buat aku bangun tersenyum sendiri. Tapi seperti mimpi-mimpi normal orang lain, ia datang dan ia pergi. Macam real, macam tak real. Atas pagar gitu. And now, aku sendiri tak tahu nak bezakan yang mana satu memori dan yang mana hanya mimpi semata-mata.

"Aduh, keluarlah oi!"

Aku ketuk-ketuk kepala, mengharapkan memori yang main sorok-sorok itu keluar bergolek daripada hidung. Macam hingus gamaknya. OK, ew gross!

"Ni dah kenapa duk katok kepala sendiri ni? Kau okay tak?"

Aku memandang si empunya suara. Oh, Naim. Aku kembali memandang pantai kemudian ke lautan lepas, mengangguk tanpa bicara.

"Ni game sukaneka ketuk ketuk kepala eh? Whatever it is, I'm in!".

Oih semangat pulak si Naim ni tetiba. Cobaan... Hai mambang tanah, mambang air, mambang segala mambang. Yang mengacau aku ni pun mambang juga. Mambang tiga suku!

Aku angguk sahaja lagi. Entah kenapa aku rasa mulut aku ni dipenuhi emas, gigi diperbuat daripada emas. Payah kalau bukak mulut. Kalau bukak je, nanti semua orang blinded dengan kilauan gigi emasku. Jadi pancaran laser macam Scott yang hensem dalam cerita X-Men. Piuuu piuu mati kau! Mwehehe. Okay. Aku sendiri tersengih.

"Ni dah tiba tiba tersengih pulak? Apa kau makan tadi haa?"

"Takde pape. Sibuk je. Suka hati orang la nak sengih ke ketuk kepala ke. Hak untuk memilih."

"Hak untuk memilih jadi tak waras? Tak sangka pulak makhluk halus kat Pangkor ni begitu kuat. Fuh fuh tiup tiga Qul sikit."

Naim pantas menggenggam pasir pantai dan dibalingnya ke arah aku. Habis tudung dan baju aku terlekat-lekat pasirnya.

"Wargh! What the heck was that for?! Kau dah kenapa?"

Pasir masuk mata. Pasir masuk hidung. Aku cepat cepat mengibas diri, rimas dengan pasir yang terlekat. Aku kembali mencebik. Nekad dia membiarkan aku makan pasir berulamkan pasir. Kurang hasam.

"Now that's the girl I know. Yang mukanya duck face memanjang, cursing all the time dan tak malu korek hidung depan lelaki."

Tangan aku pantas jatuh.

"Aku tak korek hidung la. I was trying to get rid of the sands. Dan aku tak mencebik, ok. Heeee."

Pipinya diregangkan sehingga hampir nampak semua giginya yang putih. Tersusun dan rapi.

"Tapi kau still swear a lot, you know."

"Oh ya. 5 years maybe terlalu lama aku terexpose dengan bi'ah camtu. Maaf."

"None taken. Aku tak kisah pun. Susah susah aku cili je nanti. Hahahaha. So, buat apa sini sorang sorang?"

Aku kenal Naim rapat. Dia takkan mudah lepaskan soalan yang ditanya tanpa sebarang jawapan, walau betapa payahnya aku lari daripadanya. Sucks not to have friends, but it sucks more when you have friends that are too good at being friends. Haih.

"Bina Eiffel Tower. Tak nampak ke buta?"

Aku pantang betul orang tanya soalan sah sah nampak jawapan. Hello Mr Obvious, Allah bagi dua bijik mata tau!

"Uih maghah. C'mon spill la. Kenapa ni?"

Aku tarik nafas dalam dalam. Kemudian lepas. Aku tarik semula perlahan lahan. 1, 2, 3...

"Aku risau. My old memories are coming back. Yang sepatutnya aku better off kalau tak ingat. Paling sakit sebab bendalah ni datang time tidur, menyebabkan aku aku selalu terjaga malam-malam dan tak boleh tidur. Paling sakit lagi bila aku nak qadak tidur lepas subuh, tapi adik kau yang baik macam malaikat tu kejut aku dan ajak aku pergi cabut rumput belakang rumah, subuh subuh sepi. Hahaha. Exercise katanya. Just for your information, sesi merumput tu wasn't my idea of an exercise, ok."

Aku pandang Naim sekilas. Mulutnya ternganga.

"Rumah shah alam korang tu ada backyard ke? Setahu aku takde kan."

"Nope, takde pun. Rumput belakang rumah Ustazah Sopiah. Aku rasa lah kan, Sarah ada umph sikit la dengan anak ustazah tu. Selalu aku nampak dia berangan sorang sorang. Tengah bina Taj Mahal dalam kepala lettuw. Ngeh ngeh ngeh."

Pandai la aku buat cerita. Pandai la aku buat onar. Kalau Sarah tahu, mau terbalik tertonggeng aku dikerjakan nanti. Cis tak pepasal hancur Taj Mahalnya dirosakkan bulldozer aku. Kui kui.

"Dating kat sepital lah tu. Patutlah bila aku ajak dia keluar je, mesti dikatanya housemanship tak habis lagi laa apa laa. Oh dah tahu dah. Siap lah kau, Sarah. Pandai berbopreng dah leni. Hahha."

Naim. Tukang tokok tambah cerita. Partner in crime aku. Aku tak rasa kitorang berdua akan hidup lama dalam kadar jarak bahagi masa (read: kelajuan) ini. Kami serentak memandang Sarah, membaca buku dalam jarak 100 meter dari kami. Uish boleh jadi superwoman aku ni, siap kira kira jarak.

"Memori apa yang kau teringat balik tu? Mesti kau teringat time kau berak tepi sungai kecik-kecik dulu, pastu ingat aku dengan Sarah dengan Kamal tak nampak tu kan? Wakakkaa."

Naim gelak besar. Aku suka cara dia ketawa. He makes it sounds so easy and carefree.

"No bukan yang tu! Oh aku tak ingat yang tu ada. Ohmaigadz thank Allah sebab tak pulangkan memori tu. Malunya lahai. I did that?"

Tapak tangan aku diletakkan atas mulut. There's so much I still don't remember.

"Yes you did. But anyway, tu story lain hari. Ni apa yang buat adikku cantik manis ni terjaga malam-malam?"

"Naim, no flirting please. Aku berak baling taik kat muka kau pulak lepas ni. Haih. No, its like this. Actually, its about him. Kadang aku terjaga, pipi aku basah. Dalam mimpi pun masih boleh menangis weh. Gilos."

"Hmm jangan risau. It's not a dream. Aku rasa kau just reliving your memories back, sebab tu boleh menangis segala bagai. Don't worry about it, ok. Lagipun dia dah nak kawin dah minggu depan. Kau nak kecewa apa lagi?"

"Aku tahu, dan aku tak kecewa. Aku doakan mereka bahagia, alhamdulillah akhirnya sampai jugak jodoh mereka. Sebagai sahabat, aku bahagia tengok diorang bahagia. Yang aku risaunya is that the memories are still there. Naim, kau kan engineer. Can't you make some machine-ish invention to make it all go away? Biar aku tenang."

Aku kuis pasir pantai dengan hujung jari telunjuk. Doodling out something that doesn't even make sense. Macam skrip tulisan pepaku orang Sumeria pun ada.

Yeah I used to doodle, warisan seni artistik Abah. Dari kecil lagi aku sentiasa cuba balance out penggunaan otak aku. Good at maths and science, and also good at arts and music. Oh well, the music didn't turn out good, recorder aku patah setelah kuat sangat berusaha agaknya haha, tapi doodles aku berjaya dipaparkan di muzium galeri waktu second year kat universiti dulu. Satu pencapaian yang memberangsangkan.

"Natasya Rehan. Ketenangan. Ketenangan itu hanya datangnya dari hati. Even if aku berjaya buat machine yang kau nak untuk buang semua memori tu - which aku rasa impossible bagi aku kahkah - but still kau kena ada hati yang tenang jugak. Kalau tak, kau akan end up kat Tanjung Rambutan, sebabnya resah gelisah kau tu masih ada walaupun kau tak ingat apa bendanya.

I know its hard for you, sebab aku pun lalui benda sama. Oi kau ingat rasa senang je dah putus tunang? Memang rasa nak menangis. Ini aku tak tipu. Tapi lelaki kan, ego aku menyebabkan aku tak sanggup nak mengalirkan air mata untuk perempuan yang tak selayaknya terima. Mahal tahu air mata lelaki aku ni, haa jangan tak tahu.

Itu sebabnya aku dengan Sarah plan kau vacation ni. Cuti duduk tepi pantai, tengok laut. Kita kayak, kita mandi laut. Kita jungle trek, kita main bola pantai. Kita bbq ikan kecik-kecik yang kau tangkap, yang mana aku rasa ikan bilis sebenarnya tapi kau insist ia sejenis ikan laut or whatever. These all things we did, supaya kau tenang. Dan lupakan segalanya. Please, do it for us, do it for yourself. Find the calm in you. Sebab macam mana kuat sekalipun kitorang tolong kau, if you don't have the will to fight it yourself, pergi mampus je lah usaha kitorang. Sia sia. Dan Allah tak suka pekerjaan yang sia-sia. Kan?"

Air mata mengalir deras. Kata kata Naim ada benarnya. Ini bukan pasal memori itu kembali. Ini pasal diri aku sendiri yang tak dapat nak lupakannya, and refuse to forget about it. Luka itu akan masih bernanah, sehingga aku berjaya jahit kembali. Lebih baik biarkan ia berparut, daripada terus bernanah.

Aku toleh memandang Naim yang duduk bersila di kanan aku. Wajahnya tenang, pasti sebab hafalan yang dia sedang usahakan. Sudah hampir 30 juzuk mamat ni, dan aku masih terkontang kanting dengan juz Amma. Malunya. Aku terus memandang, meneliti insan yang lebih kurang hidupnya membesar bersama-samaku.

Muka seakan-akan pak Arabnya itu yang buat gadis tergila-gila. Teringat ketika kami bertiga tengah-tengah jalan kat mall, tiba tiba ada lah minah ni tiba tiba mendekati Naim, mintak autograf katanya. Pergh! Aku hanya mampu melopong. Tarikan magnet lelakinya hebat. Aku pelik kenapa selama ini aku tak sedar. Patutlah kalau balik rumah aku cerita pasal Naim, housemate-housemate aku semua macam angau kena pukau. Make sense now.

Dan sekarang hanya aku dengan dia sahaja di gigi air itu. Air laut juga suduh surut. Kumpulan kanak-kanak yang seketika tadi bermain air mungkin sudah bergerak ke chaletnya kembali tanpa aku sedar. Sarah masih membaca buku, melepak di kerusi panjang dengan teh ais limaunya.

"Kau teliti apa tu sampai berkerut-kerut dahi tu? Nak korek telinga aku buat eksperimen pulak ke?"

Naim pandang aku dengan wajah pelik. Dan aku tetap memandangnya.

"Naim, jom kahwin."

Mata Naim terbeliak. Haha. Pasti terkejut dengan statement aku itu. Selama ni dia tanya aku begitu, aku hanya menepis ke tepi. Malas nak dilayan mamat ni, menganggap soalannya seperti ayat mengayat nya yang biasa.

"Ehem. Er hm er.....boleh je. Bila kau nak aku datang rumah?"

Tangannya mengusap belakang lehernya. First time tengok Naim awkward begini dengan aku.

Aku terus bangun, tapi masih tetap memandangnya tanpa menoleh.

"Hm when I think about it. Neh! Geli lah. Kau abang aku. Saje je cakap, nak tengok expression terkejut kau. Priceless! Mwahahahaha."

Aku ketawa sekuat boleh.

"Kuwang hajo punya budak!"

Naim bangun. Aku pantas membuka langkah, lari sekuat hati ke arah Sarah.

"Saraaaaaaahhhhhhhhhhhh!"

Jadilah ombak yang menghempas pantai; kuat, tegas namun tetap menenangkan.

Comments

Popular Posts