Broken

"If she flinches when you go to put your arm around her,
Someone else's hand once wasn't so sweet.
If she questions you,
Someone else lied to her.
If she doesn't tell you things,
Someone else once betrayed her secrets.

Behind every cranky, complicated girl
Or a girl who is scared to love is
A girl who is tired of being broken"

Mata Tasya tertangkap pada satu puisi moden pada timeline laman twitter nya. Suatu perasaan asing menjengah. Kenapa seperti puisi ini tepat menyatakan isi hatinya ketika itu? Kasyafkah laman tuiter ni? Cuak.

Gambar itu terus diclick, dishare kepada rakan baiknya. Memohon tumpang bahu, telinga. Whatsapp pun jadilah.

Buzzzzz.

Reply Dee datang dengan pantas sekali. Tengah takde buat apa letu, takpun tengah membaca novel.

'Yes! Dia online.'

Gumam Tasya sambil tersengih sengih kegembiraan. Bukan mudah nak dapatkan perhatian kawan dia yang satu ni. Kalau dah dapat buku, memang tak toleh kiri kanan dah minah tu. Pancing dengan keropok lekor pun tak makan saman bro. Haih. Nerd alert! Ahahhaha.

"Me too babe. I feel ya."

Pendek sahaja replynya.

"Saja je share, tetiba rasa zupp. Sakitnya tuh di sini kehkeh."

"But hey, look on the bright side. Now someone loves you a lot. So be content and happy about that okay?"

Cuaca kembali mendung. Pasti sahaja awan gelap tadi berarak menutup sang matahari. Nak hujan dah ni, alhamdulillah. Panas sangat! Pandangannya kembali ditumpukan ke arah skrin telefon pintarnya. Azamnya tekad, mahu luahkan jugak apa yang terbuku di hati.

"Entah la weh. Aku takut, aku masih dalam keadaan takut takut. Aku takut dowh. What if pisang berbuah dua kali? What if? Aku tak sanggup kot nak mend my heart back, entah buat kali ke berapa entah."

"I know weh, i know. Biasalah tu, ujian umat Muhammad yang bertunang. Ada ada sahaja syaitan durjana tu nak hasut menghasut, tekad menghalang umat Nabi yang nak berumah tangga. Pasti dicampaknya perasaan ragu-ragu, syak wasangka tu. Pedulikan je weh, kau buat je apa yang termampu sekarang."

Plastik Snickers dikoyak perlahan-lahan. Lama memandang mesej sahabatnya itu. Ada betulnya jugak. Sejak sejak bergelar 'tunangan orang' ni, emosi dia naik haji pulak. Suka fikir bukan bukan. Hm. Ngomelnya sendirian sambil perlahan menguyah.

"Babe. I've been thinking lah. Bout how you said yang Naim rasa aku banyak sorok benda. And just now, he was quite mad at me. Bukan marah lah, but bit annoyed. Sebab aku pergi klinik tak bagi tahu dia, apa sakit aku. Kau tahu lah kan, aku tak suka menyesakkan fikiran orang. Setakat demam gitu gitu je, apalah sangat sampai nak hebah satu dunia kan?"

Tap tap tap. Laju jari jemarinya bergerak atas skrin. Pandangannya kembali diarahkan ke luar tingkap. Hujan rintik rintik, tempiasnya dah mula membasahi cadar katilnya.

'Halah, kalau tutup nanti panas pulak bilik, ni tengah angin hujan sejuk. Biar je lah.'

"Weh biasalah tu. Orang dah sayang kau, memang lah dia nak tahu semua. Been there, done that! Haha. That just mean that he cares, a lot. Sho shweet of him! Awh."

Eh eh. Eh. Hahaha.

"I don't know la babe. Cam hm tak mampu ah nak gadaikan hati aku. Kalau Naim sama je macam Haikal, macam mana?"

"Weh pasaipa hang gila sangat sampai fikir camni haa? Siapa cakap centu? You don't have to gadaikan hati ke apa. You just have to have faith. Percaya. And kau takleh samakan dioranng, unless Naim has done the same thing - which I'm sure he hasn't kan? So just have faith that things will be okay, kay?"

"No he hasn't. They are both berbeza gila."

"Haa tahu pun! Then, you still want to walk away? Would that help you? Dia dah ada kat situ, kau jangan lah pulak push him away terus. Take your time, but don't push people who love you. Some people don't get that you know.

Not all people are willing to pick up other people's broken pieces. But in your case, Naim has been brave enough untuk terima kau even when he knows you've been broken. Bukannya dia tak tahu, dia surely knows.

And aku tahu, dia faham kau perlu masa. If he really really really loves you, he'll understand. Dia tahu kau perlu masa nak heal, kau perlu masa nak percaya semua benda ni. Tapi jangan selfish, take your time. Jangan risau lah babe!"

"I know, he's a great guy."

Pada hemat aku, yang sepatutnya menjadi pilihan Naim biarlah orang seperti Sarah. Sebagaimana Akh Yusof memilih Kak Pah, begitulah juga Naim. Semuanya ini berdasarkan hasil kajian aku selama ini ke atas subjek seperti Naim dan seangkatan dengannya.

Hehe, siapa kata si loyar ni takleh apply teori subjek Fizik kegemarannya ketika zaman SPM dulu.

Teori pertama, orang sealim Naim pasti akan memilih wanita sefikrah dan sebaik dirinya. Aku namakan ini teori persamaan atau teori selari. Teori kedua pula, teori daya tarikan mengatakan bahawa magnetik antara Naim dan Mizah lebih kuat berbanding aku dan Naim.

Teori ketiga dan terakhir (buat masa ini) adalah teori geseran. Kalau dalam sains, geseran itu ada pro dan kontranya. Kalau dari segi positifnya, ia membolehkan manusia berjalan dan kereta bergerak. Yang tidak bagusnya, berlakunya pembaziran tenaga.

Kembali pada kes aku. Pernah berlaku pergeseran besar yang mungkin membawa kepada kesan psikologi ke atas kami berdua. Di mana terhasilnya tenaga kebencian meluap-luap dari dia. Akan tetapi tidak berjaya dipadankan oleh tenaga penyejuk aku. Hanya dengan bantuan tambahan kuasa penyejuk milik Kak Pah, hati dia jadi sedikit lembut.. Walaupun diakui aku penyebab hal yang remeh ini nampak besar, tapi still aku tak berkuasa melunturkannya kembali. Haih.

Buzzzz buzzzz buzzz.

"Hey bro!! Kau tido ke apa ni tak reply aku ni?"

Peh berterabur teori teori yang aku reka sebentar tadi. Dek kerana melayan otak aku, terpinggir sahabat aku yang sorang tu. Ampun maaf, kejap lagi aku kutip balik teori teori aku tu. Kahkah.

"Sorry sorry. Easily distracted. Anyway, I know he's a great guy. He is, jujur aku cakap. I literally fan-girling him every single time he says 'Hi'. Cuma satu je aku takut. Aku takut aku je yang tak great sama macam dia. Geddit?"

"Ha tu satu lagi! Janganlah rendahkan diri kau sangat sampai kata he deserves better and then you leave. Don't scar him liddat. It's not fair! Seriously, some people don't get people like Naim weh. Metaphorically speaking. So just appreciate what you have, and stop having doubts. Geez man, bila kau nak matang ha?"

"Aku tahu, dan aku bersyukur. Aku taktau weh cemana nak repay balik for what he did for me. Aku rasa aku ni loser gila. Susah gila untuk aku learn to trust again, padahal dah dapat laki banyak punya baik macam dia. Still susah bagi aku."

"Sayang, terima dia as he is. And stop thinking about your past. Be fair to him. I know it's not easy. Tapi tak semua benda yang baik itu senang. Pasti ada susahnya, cabarannya. There's only one way to get rid of your fear, and that is by accepting it. Take your time, insha allah okay punya."

Kunyahan coklat Snickers nya dihentikan. Tak pernah lagi orang tanya, kenapa dalam banyak banyak coklat, yang menjadi kegemaran dan daya tarikan kat Tesco adalah Snickers. Waktu di UK pun begitu, yang dicarinya hanya satu sahaja di mana mana kedai convenience store. Snickers. Lagi lagi kalau dah nak datang bulan, perangai hantu Snickers dia me-wow-kan! Kadang sampai tiga atau empat bar dibalun dalam kadar masa sejam. Haih.

"It's really hard weh. Aku antara macam nak percaya atau tak. Walaupun dan bersarung cincin ni pun, aku masih ragu-ragu. Macam krik krik pun hade. Kadang aku rasa aku perlukan dia, tapi kadang aku rasa aku tak perlukan pun dia, kerana takutkan apa akan jadi kalau aku trust him whole heartedly."

Lama Dee typing....

"Hm take it easy, Yaya. Jangan rush benda. Just go with the flow. Don't decide when you are unsure. Bahaya, okay? He's there to mend you, so allow him to mend. Kalau dia tak mend, aku bunuh dia, no toleration kahkah. So girl, don't shut yourself from him. Tautau? And one more thing, be yourself okay? Don't try too hard and somehow change yourself to suit him. Selalunya orang akan jadi camtu, not being themselves. Pastu bila dah kawin, ha mula lah tuduh orang ni hipokrit, orang tu hippopotamus, orang sana hipobadak.

You both need to learn about each other."

"Well, that's another problem of mine. I tend to do that, okay. Aku rasa inferior lah bila dengan dia. Analogi dia macam harimau dengan kucing, dia harimau aku kucing. You know how orang cakap, birds of a feather flock together. Aku tengok setazah setazah tempat dia sana, semua tudung tudung labuh segala. Kenapa Naim tak pilih diorang? Kenapa dia pilih aku yang tudung bawal siakap kembung, jeans, sneakers, cardis. Yang wak lu guwa brader. Cam kalau orang tengok pun, eee macam pinang takde belah belah pun. Bulat je gitu.

Aku rasa malu, malu dengan dia. Malu dengan Allah. Kenapa Allah padankan aku dengan orang sebaik dia? Kenapa Allah padankan dia dengan aku sejahat aku? Malu sebab aku ceni. Aku tak macam kau, tak macam Kak Pah, tak macam Mizah. You people carry yourself perfectly, both physically and mentally, tak macam aku. And bila aku rasa aku nak berubah, orang kata toksah lah duk ikut sangat, be yourself, berubah sebab Allah bukan sebab manusia. Dah pedehal bro?"

"NAK INFERIOR APA LAGI DAH LAWO PANDAI SEMUA NI NAK APA LAGI HAHAHA ?! Yaya, do you even want me to start on that? Seriously? Yaya, aku ni sumpah biasa biasa je weh. A nightmare dressed like a daydream, macam lirik lagu gitu. Tak payah pandang tinggi sangat, please.

SIAPA KATA AKU CARRY MYSELF PERFECTLY MENTALLY AND PHYSICALLY ?! I HAVE SO MANY DARK SECRETS, OKAY? And you don't know how many nights I have just cried to sleep, feeling like I am not worth anything. You call that carrying myself perfect mentally? I don't think so.

Point is Ya, we all have our darksides, downsides, dan seangkatan side dengannya. But we also have choices, kan? Kita ada pilihan untuk buat diri kita lebih baik. Pedajal je apa orang kata, do things for yourself. Don't feel like this please. Kalau kau rasa diri kau camtu, then let him motivate you to be a better person. Dan kau pakai tak la langgar syariat pun, so kenapa nak rasa macam ni?

Dia pun manusia biasa, Yaya. Dan kalau betul kurangnya kau kat situ, dia akan terima dan betulkan yang mana patut. With time, you both will motivate each other. TAKDE SIAPA PERFECT OKAY!"

Capslock beliau mengundang debar sahaja. Boleh nampak betapa risaunya beliau dengan perangai aku ni.

"Tapi tapi tapi. Kenapa aku rasa macam he's choosing cheese yang gred paling teruk? And not the good cheese. Faham tak?"

Dan entah kenapa aku pilih untuk meng-analogi-kan diri aku dengan cheese. Natasya Rehan, kau dan makanan, tiada pisahnya. Tak kawin pun takpe, asal dapat makan. Kan? Bahaya betul kalau orang tahu ni. Boleh dirasuahnya aku dengan makanan, cis. Mana tahu dibuatnya nanti, 'Haa kau kalau taknak kahwin dengan aku, aku racun satu dapur makanan kau! Haa takut tak takut tak?' Hahahaha.

"NURUL NATASYA REHAN! Eeeee rasa nak cekik cekik je kau ni! Kau tak faham faham lagi ke? What I mean is, kau tak boleh rasa inferior sampai camni sekali.

Nataysa, he chose you. Out of all the people he sees, he talks, he meets, he knows. He chose YOU. Kau nak apa lagi? Kau rasa kalau dia pilih ostajah ostajah kat sana, kau tak inferior dah?

So what kalau kau inferior? Jodoh di tangan tuhan kot. Kalau tuhan kata kawin, kawin jugak korang. Kun fayakun. Dikatakan 'jadi', maka 'jadilah'. Being sad and inferior is okay at times, tapi kau jangan selfish sampai ketepikan terus insan yang bakal bergelar suami kau. Bakal insan di mana telapak kakinya syurga kau. Kau jangan weh kurung diri kau dalam fikiran kau sangat. Get the hell out of that mess in your head bro! Its not real."

"Dee, I'm not being selfish. Aku baiklah ni kot. Bagi dia peluang untuk choose orang yang lebih baik. Bukan patutnya dia lagi suka ke?"

Badannya dihempaskan ke tilam. Fedap juga kadang kadang, lain yang dicita, lain pulak yang mendatang. Ketenangan yang dicita, alih alih diri sendiri pulak kena marah. Apalah nasib badan, tuah tak nampak di kaki gamaknya. Huhu.

"Kau ni biar betul? KAU NAK KE DIA BLAH? KAU NI KENAPA? Kalau lah seandainya dia blah, kau rasa kau happy? Kau tenang? Kalau ye, silakan. Tapi kalau kau tak sure, don't you dare. Kalau dia betul betul tinggalkan kau nanti, kau yang merana seumur hidup.

Damn it yaya. What else do you want? Kau tahu tak, ada orang yang patah hati pastu takde orang nak betulkan apa yang patah tu. Aku faham kau confuse sayang, tapi kau takleh camni. Tak fair weh untuk Naim. It's like you're letting him fighting a losing game."

"Padan muka lah, siapa suruh pilih aku. Ngeh ngeh."

"YAYA! KAU NI! EE AKU LA!"

"Hahaha okay okay. I'm joking jeez. Why so serious man?"

"Bad joke, idiot. Tak lawak tau tak. Aku series series camni sebab aku risaukan kau la ni, gila."

"I know I know. Thanks. For worrying about me."

Hujan rahmat yang turun membasahi bumi tadi kian reda. Habis basah cadarnya yang berdekatan dengan tingkap, dek tempias hujan. Ah biarkan aje lah, hidup ini juga begitu. Baik macam mana pun, pasti ada tempiasnya juga. Apa susah, salin aja cadar baru, habis cerita.

Jari jemari tangan kirinya melurut lembut rambutnya. Dari akar, terhenti pada paras bahunya. Pendek. Baru sahaja dichop, dicuci, diurut haidresser nya pagi tadi. Mana tidaknya. Musim sudah berubah, cuaca yang dah semakin panas, buat apa bela panjang panjang. Mak jugak yang terkejut pagi pagi kejut subuh, nampak puntianak. Dengan masker putih, dengan timun tomato lah. Kasihan mak.

"Yaya, satu je aku mintak. Just please, appreciate yourself. And appreciate all the people who loves you. Tak payah layan 'thinking-thinking' kau tuh. It's one hell of an amount of thought, buat berat kepala sahaja.

Kau tahu kan, apa apa jadi. You'll always have me. Aku tak pergi mana mana, sentiasa di sini untuk kau. Spill je anytime. Tak perlu lah pendam pendam macam nak gila ceni. Aku marah sebab aku sayang kat kau, bukan apa kay. Kebahagiaan kau, kebahagiaan aku jugak.

Anyway, aku nak pesan. Being in a relationship of this kind, communication is VITAL. Antara sebab kenapa hubungan aku tak work sebab I hide too much from him, and he did that too. But stupidly lah kan, i found everything out.

Learn to communicate with Naim. You've been best friends for god knows how many years already, takkan susah untuk kau orang faham antara satu sama lain. Mungkin this is a new phase for you guys, so adapt and learn. Ingat! Jangan push him, just share things. Take it easy, macam aku cakap. Jangan rush things."

"Talk about what?"

"Talk lah about random things. Ni sesi berkenalan, talk about random things about diri korang ke apa ke, I don't know."

"Lately its been hard to communicate. Mungkin silap aku jugak. Its like dia pun dah fed up dengan perangai aku yang merajuk tak tentu pasal. Dulu okay je, sekarang menggedik. Pastu aku suka rahsia rahsia, taknak gitau. Pastu suka banding banding dengan setajah lah apa lah. And dia ada cakap jugak, dia kecewa sebab conversation kitorang lately tak sama macam what we used to have.

Entah lah, kadang aku rasa macam dia regret aku. Boleh nampak, boleh rasa kekecewaan dia di situ. Like he's trying hard to hide it, but not good at it."

"Tasya, dia tak regret kau. I know he must just wish you FREAKING UNDERSTAND THAT HE IS THERE FOR YOU. Kau dah kenapa? Kenapa nak kasi orang lain rasa sakit yang kau sendiri tahu sakit tu macam mana? Kalau kau betul-betul sayang dia, act like it. Don't push him away, for crying out loud dammit! Naim mesti kecewa dengan kau sebab kau taknak sayang diri kau dulu.

Kau faham tak ni? Kau faham tak dia punya penat runtuhkan those walls you built, and you're like 'okay whatever you don't love me' kinda attitude. Takleh camtu, takleh takleh. Orang dah usaha kat kau, tak aci ah kalau kau tolak camtu je.

Tolong la weh. Jangan sampai ada orang lain rasa apa yang kau rasa dulu. STOP BEING A JERK! Yaya, kalau ada chance orang nak sayang aku balik, aku akan cuba kot hargai. Like I said, tak semua orang dapat apa kau dapat weh. Series ni. Jangan sampai terlepas kat orang lain baru kau tahu."

Pandangannya dilontarkan buat entah kali ke berapa ke luar tingkap. Ayat Dee sentiasa makan dalam. Sakitnya tuh di sini gitu. Aku tahu dia marah aku gila gila ni bukan apa, ni sebab aku sendiri ngeng ngong kan diri sendiri. Marah tanda sayang.

"Hm kau pun mesti macam suka Naim jugak kan. Since you kinda understand him quite well, apa kata kau dengan dia je lah. Haa you both secocoks togeda! Nak?"

Tindakan berani mati. Macam kamikaze kehabisan roket, macam Sarjan Hassan pada battle terakhirnya.

"DAMN IT WHAT THE HELL?! TAKNAK LAH GILA! Apa kau ni? Kau ingat dia bola? Nak main pass pass bila kau taknak. Weh sumpah takde suka apa pun.

Natasya Rehan. He freaking loves you. You and only you. TERIMA JE, TAKLEH KE? Kau nak aku biarkan kau rot alone, nak?"

Haih. Dia masih tak faham point.

"Bukan apa, susah aku nak terima yang ada orang sayang aku. Like dia ni betul ke saja main main ke. Faham? Trauma. Traumatised. Kau ingat senang orang nak pulih daripada PTSD (post traumatic disorder syndrome). Kau tengok tak cerita cerita askar PTSD, bila balik still terngiang ngiang. Aku pun sama lah, lebih kurang gitu."

"Aku faham la gila. Tapi masalahnya kau tak boleh lah buat gaya macam tak ada langsung orang sayang kau. Macam aku kata tadi lah, take your time. Tapi jangan selfish. Jangan cabar dia sengaja-sengaja. Tak payah timbulkan unnecessary problems. Damn it wa, seriously. Messed up gila kau ni."

"Gee thanks man."

"Haha I am not on his side okay. I am just trying to knock some sense into you. Haih kau ni la, kalau kau ada depan aku dah lama memang aku tampar dah tadi. Hormon kau kenapa bulan ni?"

"Overdose on chocolates, kahkah."

"Dah la weh. Jangan fikir banyak sangat. Please, for me at least. Kalau not for you pun, for me. Please. Aku sayang kau weh, dan aku taknak kau terus terusan sakit macam ni. It's like looking in a mirror, diri kau adalah aku. I feel what you feel. But please, you have someone else to mend you.

Macam aku ni, I don't really have a special someone to mend me - mind you, my bestfriends like you are super super special okay. Just allow yourself to heal, daripada mereput tunggu orang macam aku. Baik lah kau bersyukur si Naim tu ada untuk kau. Okay?"

"Okay."

"Tu acah acah merajuk letu. Gediknya. Tak faham lah aku macam mana Naim boleh tahan dengan perangai kau yang satu ni. Hahahahaha.

Dah dah takyah ngade. Kau go with the flow, and share him your feelings. Don't whine, share. Ada beza dua tu. I think."

Share? Nak share apa? Hm haa apa kata dia kalau aku share teori teori fizik + chenta aku tadi. Boleh jadi the next Dr Cinta Punya Belog. And I be like the engineer - Ir Chenta Punya Belog. Eh osem jugak kan? Ngeh ngeh.

"Susah nak share la, Dee. He's fricking busy 24 jam 7 hari seminggu 12 bulan setahun."

"I know. Semua orang macam tu. Yaya. When he makes time for you, don't freaking sulk and go mad about all the things he can do if he didn't chose you. Tak payah nak marah marah, and go asking your 'what if' questions. Spend time for happy things. Be fair. Please, give yourself a chance. Give HIM a chance dammit. To be happy again, both of you.

Okay?"

"Okay."

"You better. Kalau tak dengan kau kau aku rebus buat sup."

"Gee thanks. What a supporter. Ha Ha Ha (gelak sinis di sini)"

"You can do it. Have faith in Allah. He owns our happiness anyways. Serahkan segalanya kepada the Muqallibal Qulub. Kay weh, gotta run. Papehal buzz je lah aku. Kalau tak cukup dos nasihat aku hari ni, hari hari lain aku boleh tambah dos.

Doakan midterm aku coming up."

"Sure bro. Tulah kau, aku dah balik degree, kau baru nak terhegeh hegeh nak masters kat sana. Saja je kan nak jauhkan diri dari aku. Aku kawin besok kang, meraung kau! Kah kah."

"Sepak nak?"


*******************************************************




14 April 2015
Shah Alam, Malaysia
Spring :)


Comments

Popular Posts