Penat
Baru sahaja tidak sampai sebulan masuk kerja, sudah bertimbun-timbun paperwork yang perlu disiapkannya dalam minggu itu. Tidak ditambah lagi dengan case presentation yang sudah berhabuk setebal satu inci, slide masih tidak gerak gerak. Itulah bahananya, kerja bertangguh-tangguh. Kan sudah terngadah, baru nak mengaduh.
"Penatnya! Bila nak habis ni?"
Yaya kembali merungut seorang diri. Rakan-rakan sekerjanya yang lain semua sudah turun ke kafetaria bagi mengisi perut mereka yang kosong. Sudahlah banyak kerja lagi tidak habis, bertambah perit lagi apabila perutnya berdondang sayang minta belas ihsan. Duhai! Nasib aku jugak, dapat bos yang rigid. Nak kerja tu sekarang, sekarang jugak dia nak. Mampus aku!
Mug putihnya dicapai, lalu menghirup perlahan teh yang sudah sejuk.
Dalam kepenatan memerah kepala otaknya, tiba tiba satu notification telefon pintarnya masuk.
'Telah masuk waktu Zohor bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya' - MuslimPro
"Hm. Solat aja lah dulu. Buat kerja bergegar gegar sekalipun kalau tak fokus takda guna jugak. Refresh diri kejap lah."
Dalam perjalanannya menuju ke ruangan solat wanita di tingkat 2, otaknya kembali ligat teringat memorinya sewaktu zaman persediaan A Levels nya. Zaman itu lah yang dia tahu betapa buruknya impak 'penat' itu terhadap dirinya.
******************************
Petang itu mendung. Angin sepoi sepoi bahasa, sejuk sahaja. Namun dirinya terasa serba tidak kena. There's something wrong somewhere. Don't know what. Kakinya digagahkan juga menapak satu persatu, kembali menuju ke bangunan asramanya.
Itulah rutinnya selama seminggu itu. Tidak lain lagi, kalau dia tidak ada di bilik, dia di library. Library. Bilik. Bilik. Library. Study break baru sahaja bermula, dan final exam sudah hampir menjengah. Bak kata mat saleh, around the corner gitu. Corner mana pun entah. Mujur juga paper pertamanya lambat sedikit daripada rakan-rakannya yang lain. Tapi itu tidak bermakna dia masih lagi boleh berfoya-foya.
Matanya berat, badannya lemah.
Kembali sahaja di bilik, direbahkan badannya ke atas katil. Tudung stokin pun tidak ditanggalkan.
"Penatnya aku, ya Allah."
Kringgg kringg kringg.
Tiba-tiba loceng hostelnya berbunyi. Oh lupa, harini ada sesi makan-makan di lobby hostelnya itu. Digagahkan jugak kembali menapak turun ke lobby. Orang lain sudah berkerumun, berebut potongan-potongan kek Secret Recipe yang sedap lagi menggiurkan. Kek Brownies kegemarannya juga dipandang sekali sahaja.
'Takde mood nak berebut. Biarlah diorang ambil dulu.'
Yaya bergerak menuju ke arah couch merah lalu terus membaringkan diri. Kedua-dua kakinya digantungkan ke tepi couch, dan matanya dikatup rapat. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi sambil melepaskan segala lelah yang terasa.
Hampir sahaja dirinya hanyut ke alam mimpi, kakinya terasa seperti disentuh seseorang. Matanya dibuka perlahan-lahan. Tercangak dihadapan rupa-rupanya warden hostelnya, riak muka jelas kerisauan.
"Alia, are you alright?"
"Yes, I'm fine miss."
"You look like you're dead. I was so worried when you didn't even response to my calls and when I tried to shake you awake."
Jelas dari nada suaranya, dia benar-benar risau akan keadaanku. Junior-junior yang berdekatan juga sudah semakin menghampiri, mungkin risau juga. Who knows.
"I'm just exhausted. I've been studying non-stop the whole day."
"Oh well. Do take care of yourself okay, and get some breaks in between your studies. Now go and help yourselves to some cake."
"Sure, thanks."
Yaya terus bangun menghampiri tingkap. Terkejut dia melihat bayangannya sendiri. Mata kuyu, eyebag, bibir pucat. Masakan tidak wardennya mengatakan dia bagaikan 'mati' sebentar tadi.
Mati? Nauzubillahi minzalik. Moga Allah terus menguatkan dirinya di kala lemah.

Comments
Post a Comment