Lelaki & Malas

Pangg.


Mug yang separuh berisi air itu dihentakkan atas meja. Terkejut aku. Mujur tak melatah kuat, cuma ter-oh-mak-kau je dalam hati. Ceh.


"Ni dah kenapa dengan ni, tiba tiba hentak barang atas meja? Kalau iye pun, beragaklah. Roboh kang meja orang ni, siapa nak bayar? Cuba duduk. Tarik nafas. Istighfar please."

Tadi senyap je aku tengok budak ni memerap dalam bilik dari siang tadi. Bila jenguk, study kat meja sampai tertidur-tidur. Nak dikejut ajak makan tengah hari pun tak sampai hati, dibiarkan aja dahulu dia melayan mimpinya. Penat barangkali. Ni petang tiba-tiba mengamuk tak tentu pasal. Konfem kerja saiton nirrojim ni!

"Sorry buat kau terkejut. Cuma, aku tak faham lah si Abyad ni. Dari dua hari lepas lagi, tak reply reply mesej aku. Minggu lepas dia kata, oh minggu ni dah habis exam. In sha Allah ada masa dah. Tapi janji hanya tinggal janji. Ni mesti ada perempuan lain. Dah tak terlayan gamaknya, mentang-mentang hot. Cis."

Haa tu dia fakta nombor 1. Perempuan, dia punya memori kalah hard drive. Yang mainframe Facebook sebesar-besar alam kat Sweden tu pun kalah. Dia boleh ingat ayat kau yang dihantar kat Whatsapp menggunakan nombor 0123456789 pada pukul 12.31pm  bertarikh 15 April 2006 ketika hari tengah terik sambil ketiak merecik disebabkan perpeluhan sepanjang masa, akibat suhu cuaca yang semakin meningkat dek jerebu yang berlaku sehingga mengakibatkan pencairan ais di kutub utara berlaku sebanyak 2ml lebih daripada kadar biasa. Ceh aku hentam je, tapi you get what I mean kan? She knows every single detail, and benda tu involuntary. As girls, we are just born with this ability. Chachingg!


Faktar nombor 2. Perempuan, dia suka risau lebih. Ni pada hemat aku lah, sebab aku macam tu. Mungkin orang lain, lain gayanya. But most of us does. We just tend to worry too much. Sikit sikit tu boleh terima lagi, siapa tak risau kan kalau exam. Gila. Tapi ni risau berlebih-lebihan. And when that happens, dia mula la hanyut dibawa anasir-anasir buruk sangka yang diternak dengan penuh kasih sayang oleh encik saiton dan puan nafsu. Yeps, sifat buruk sangka.


"Kau ni yang fikir lebih. Entah-entah dia tengah training untuk sukan Olympics. Kau tahu kan sportsman Olympics diorang train non stop. Nak tidur pun tak sempat, apa lagi nak reply mesej makwe. Kehkeh."

"Kau merepek apa doh? Dia perut pun makin bulat, nak main Olympics memang wassalam la. Series weh, aku rasa dia dah give up dengan aku la."

"Apesal pulak?"

"Yelah, mungkin aku bukan lagi the apple of his eyes."

"Gahahahhahaa. Takyah nak sedih sedih la weh. Apple mana ada kat mata, dia tumbuh kat pokok. Anyhow, kau pun faham kan. Dia baru dapat kerja, nak kena settlekan cari rumah. Kau ingat senang nak cari rumah kat KL ni? Kalau jadi menteri senang ah cakap, ni orang bujang baru grad nak kerja. Memang tough luck ah bruh. Effort dengan time consuming. Kau pun nasib baik rumah ni mak kau punya, kalau tak dua kali lima je kita tau."

Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi sekarang yang pada hemat aku yang belajar Economics tak sampai dua tahun time A Levels dulu, aku hanya mampu katakan "tsk tsk tsk" sambil geleng kepala. Sangat menghampakan. Ekonomi nak kata pesat pun tidak, membangun pun tidak, rakyat happy forever and ever pun tidak semua. Sebab? Kita hanya akan boleh kaya at the expense of someone else. That's how the economy works. Kau orang ingat duit kertas yang kau orang dapat tu yang fresh dicop Bank Negara terus jadi 'hak milik' kau? No way man. Duit yang kau pegang sekarang tu sebenarnya milik orang lain sebelum ini, dan yang sebelumnya dan yang sebelum sebelumnya. Kau bahagia bila dapat even RM 1, tapi ada orang lain di sebelah sana yang sedih kehilangan RM 1 itu. In order to be better off, someone else must be worse off.


Kenapa berlakunya keadaan begini? Sebabnya tak semua orang percaya pada alma mater "Yang memberi itu hanyalah Dia". Semua orang nak kaya tanpa percaya bahawasanya yang memberi kekayaan itu adalah Dia, Tuhan Yang Maha Esa. Sebab? Kita ambil contoh la. Andainya semua orang Malaysia percaya bahawasanya yang memberi rezeki dan kekayaan itu adalah tuhan, tidak akan ada keluarga yang terlalu miskin sehinggakan ayahnya keluar dari rumah hanya mampu menampal senyuman di muka, namun dalam hati tahu hujan malam tadi pasti telah melarikan susu getah yang ditakung siang semalam. Lagi-lagi anak yang ketiga dengan keputusan UPSR yang sangat memberangsangkan dan tidak sabar-sabar hendak menyarungkan kain berwarna biru langit baru ke sekolah kakak dan abang-abangnya.



Bila kita percaya alma mater itu, yang kaya tidak akan mampu berdiam sahaja. Kerana dia tahu, kekayaan yang sekarang ada padanya itu bukan miliknya. Ia milik tuhan. Dan pastinya akan dihulurkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sedangkan kita tahu sahabat Nabi bernama Mus'ab bin Umair, daripada sekaya-kaya Bachelor of the Year kepada si syahid yang kain kafannya sahaja pun tidak cukup, tutup kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala. Belum cakap lagi pasal Abdul Rahman Auf. Ataupun mana-mana lagi sahabat Nabi yang jutawan kaya raya, yang bila mana hatinya bertuhankan tuhan, satu sen sekalipun tidak akan ditinggalkan dalam tangan. Kerana mereka tahu with money, comes power. With power, comes the blanket disguised by syaitan that you worth more than others. Titik.



Dan kerana itu, aku faham. Betapa gigihnya rakyat marhaen sekarang cuba mencari saki baki duit yang ada, bukan untuk hidup selesa but for just to barely continue living.


"Hm jap. Aku nak tunjuk kau satu gambar aku nampak orang share kat facebook tadi."


Lelaki yang 24 jam chat kau, yang kau anggap baik itu sebenarnya PEMALAS. Sebab? Dia takde kerja lain. Kerja lelaki seperti itu hanyalah terperap dalam bilik, on charger handphone, on kipas, on chat. Lelaki seperti itulah yang kau suka berbanding lelaki yang kau complain busy dan kurang masa dan perhatian dengan kau. Tetapi lelaki itulah yang sebenarnya berusaha mengerjakan sesuatu untuk masa depan kamu berdua dan keluarganya.


"Kau nak lelaki yang malas sebagai imam kau?"




18 Disember 2016
Musim sejuk
Nottingham

Comments

Popular Posts