Aku dan Tuhan : Georgetown, Penang

Assalamualaikum.

Ya, sudah agak lama aku tak menulis di sini. Tiga bulan cuti summer, satu blogpost pun macam haram.

"Eh bukan cuti summer kau takde buat apa ke?"

Hello, kau ingat aku balik rumah nak lenggang kangkung goyang kaki masak sawi je? Memang tak la, komitmen masih banyak bro. Kerja-kerja untuk pre-departure camp adik-adik yang bakal fly dah memang bertimbun dari awal. Pagi-pagi lagi dah ke ladang tolong Mak. Belum cakap pasal nak masak atau cari makan lagi. Haih, banyak okais.

Okay, malam ni rasa macam semangat nak bukak laptop dan menari-nari. No bukan lap dance, please no. Jari menari di atas papan kekunci, okay. Bermadah la sikit.

Dan kali ini aku nak share sikit la experience trip solo aku ke Penang haritu.

Yes, aku solo.

Yes, aku ke Penang.

Yes, dalam negara je. Kau apa masalah? Malaysia cantik kot #cantiknyaMalaysia #kauapatahu


Jadi ini hasil daripada sesi interview aku dengan diri aku sendiri. (i know i should get a life, haha)



1. Kenapa solo?

Sebab orang semua busy.

Kahkah, takde la. Ada a few reasons aku bersolo kali ni. First, trip ni memang adhoc. Sumpah malam tu plan, besok paginya lepas subuh aku gerak. Das life man, you go when you need to go. Mungkin satu hal, aku memang rasa macam dah lama sangat terperap dalam rumah. Dan Abah as usual memang hari Isnin dia gerak ke office di Penang. Jadi peluang di depan mata, why not just grab it kan?

Secondly, bila dah adhoc macam gini, kau tahu la susah dia macam mana jugak nak cari orang. Plus, aku malas nak wassep sorang sorang tanya free ke tak kan. Bila aku dah shout out kat group whatsapp batch aku, ada lah a few insan terlalu ihsan bertanya specific details aku nak ke mana and what not. Sebabkan bila aku kata, "Aku pun tak sure doh, I walk where my two legs brings me", siapa nak percaya kan. Haha. Malam tu ada jugak la yang macam "okay jumpa esok" but then pagi tu aku solo jugak akhirnya. Aku faham, komitmen. Dan aku tak pun marah, sebab aku pun jalan nak lek lek, buat apa serabut kepala kan?

Thirdly, dalam hati diam di dasar lautan, aku macam ada urge memang nak pergi jalan SEORANG. Pelik kan, someone extrovert macam aku ni tiba-tiba macam nak jalan sorang-sorang. Serius guys, ada kalanya kau memang nak just be alone. Benda tu tak pelik, life as it goes. Bila ramai-ramai, best tu memang best aku tak nafikan la. Dia punya gelak ketawa tu memang "Kita enjoy!", tapi kali ini aku rasa macam "thats it, I don't wanna deal with people".

Sadis kan? Selfish sangat bunyinya. Tapi itulah, mood swing dia lagu tu. Kata nak terima aku seadanya *wink*



2. Kenapa Penang?


Aku suka culture. Memang jalan mana-mana, aku memang easily amazed dengan keadaan kawasan sekitar aku. Dengan tempat, dengan kawasan. Dan juga dengan orang.

Pelik, sebab aku nak solo sebab aku taknak deal dengan perangai orang. Tapi aku pergi Penang sebab aku nak tengok perangai orang sana. Two different kind of things. Satu kau hands-on punya deal dengan orang -- e.g. perangai, merengek, penat orang lain kau kena take into account dalam kepala kau. Yang satu lagi tu, kau jadi stalker. Perati je dari jauh, kau tak sentuh dan perangai diorang tu tak effect perjalanan travel kau. Dia macam kalau kau naik kereta, kau nampak orang jual pau tepi jalan harga murah. Pastu kau perhati je, sebab dalam hati tahu yang dekat simpang depan rumah kau harga lagi murah. Dan kau still drive on kan. Haa lebih kurang gitu la, make sense?

Tu tentang orang. Kalau tentang Penang itself, aku tertarik dengan setting tempat dia sendiri. Once known as a meeting place between the East and the West (after Melaka la), sekarang masih menjadi hub dan tulang rusuk kepada negara Malaysia ni sendiri. Kemajuan, teknologi dan administration masih banyak berlaku di Penang, lagi lagi di Georgetown sendiri.

Dan yang paling buat aku tertarik, Georgetown is still Georgetown 50 years ago. Maksud aku, dia masih ada 'essence' Penang itu sendiri. Tak lekang dimakan mentari hujan panas badai gitu. Masih dipelihara struktur bangunan lama, dan dibaik pulih yang mana rosak dikikis zaman. Aku suka dan rasa bangga yang mat saleh berduyun-duyun datang nak melihat tinggalan zaman negara kita, kenapa kita taknak? Walaupun nilai sejarah itu hanya pada bangunan sahaja, tapi still there's something. Dia ada identiti. Kau faham tak?

Okay susah nak faham. Sokay, kayuh pelan-pelan.

Besides that, aku jugak attracted dengan panggilan makanan-makanan yang banyak kat Penang tu. Weh Penang tu memang makanan lambak, serius la kau tak pernah rasa nak pergi? Mat saleh dok kata food heaven tu, serius la weh.

Paling favourite aku Nasi Kandar dia la weh, cam takleh lawan (ok yang Nasi Ganja Ipoh pun sedap jugak). Pastu kau ulam dengan chendol (satu lagi menarik bahasa lama masih diguna pakai -- contohnya perkataan 'h' ditambah pada a few words -- khelinik, ais kachang etc). Tengah jalan panas panas tu ada ais kepal perisa sarsi, pastu lapar kau bantai Mee Sotong. Banyak lagi la weh, kau nak apa cakap je.

Okay, satu benda pasal gerai makan jalanan ni dia punya kebersihan la. Tak dinafikan, stalls dia memang la tepi bangunan tepi longkang segala macam tepi la dia nak duduk. Tapi kau di sini kau gunakan lagi skill pemerhatian kau tu. Sebelum makan tu, kau perhati dulu. Kau tengok dia prepare macam mana, tengok tangan tukang masak dia tu bersih macam mana. Aku perhati doh, sebab tu ada la makcik tu padang pelik je kat aku sebab aku duk tonggeng-tonggeng nak curi tengok dia buat apa. Kahkah. Sorry, I stalker part time je makcik.

Aku memang jenis "eek kotor terus takleh makan", tapi setakat sikit-sikit stalls tu aku pun paham. Janji perut kenyang, maka hendaklah kau besi kan perut tu. Dan alhamdulillah baca doa sikit sebelum makan minta dijauhkan daripada segala macam penyakit, and there you go. Aku makan sepuas-puasnya macam besok nak mati. Haha.



3. Jadi daripada pemerhatian kau, kau dapat apa?


Hm, banyak. Nak terangkan satu-satu aku pun tak larat. Dan mostly apa yang aku dapat, dah diterangkan kat atas tu pun.

Aku nampak, yang rezeki itu Tuhan yang punya.

Macam mana besar pun kedai makan kau, gempak ada aircond kipas gedabak atas kepala, tapi kalau kedai makcik sebelah kau yang kecik tu dia masak sedap, hm memang tak boleh nak kata apa la. Beratur la kita kat kedai makcik tu. Rezeki makcik tu, mungkin dia masak tu sedap sebab dia ikhlas, mungkin. Dan mungkin dia punya rezeki hari tu masyuk. Dan mungkin hari lain hari kedai sebelah dia yang besar tu. Who knows?

Sebab yang susun rezeki tu, bukan kita. Tuhan. Itu kerja Dia, yang kau sibuk-sibuk nak mengarah kerja orang buat apa. Kerja sendiri pun tak settle, ceh.


Aku nampak, rezeki itu antara kau nak dan taknak.

Macam ada sorang pakcik ni. Aku tengah jalan-jalan entah lorong mana aku masuk, tiba-tiba ternampak orang berkerumun ramai tepi jalan. Aku panik jugak la, kot la accident ke, kena ragut ke, apa ke kan. Oh rupanya takdela cemas mana pun keadaan. Okay la, orang ramai tu cemas jugak la -- cemas takut kuih tu dah habis! Haha.

Serius, ramai orang tu rupanya duk hurung pakcik jual kuih. Dan pakcik tu bukannya ada gerai ke apa, dia tarik meja beroda dengan motor je. Simple. Dan itu rezeki dia, yang dia nak dia buat. Dia bawak motor keliling Georgetown, parking satu tempat (mungkin itu tempat kebiasaan dia) dan berniaga.

Kalau kau taknak, tak payah la buat. Tapi belum tentu kau dapat rezeki selumayan pakcik tu, kalau kau benda yang sama. Sebab kita tak tahu, rezeki kita di mana. Jadi kalau nampak peluang, apa salahnya. Life, kau try and error. Kalau salah, dibetulkan kesalahan itu. Kalau betul, diperbaiki. Habis.


Aku nampak, yang jodoh itu juga urusan Tuhan.

Macam biasa la, aku kan poyo. Jadi, pompuan poyo macam aku ni ada la hati nak berjalan ke Penang tu kononnya #jalanjalancarijodoh. Ngeh, jangan kecham sis plis, sis cuba.

Dan, ternyata jodoh aku dengan beberapa orang ternyata kuat.

Aku naik bas free (serius guys bas ni FREE LA GILA kenapa takde orang bagi tahu!) dan mata menerawang cari tempat duduk. Pastu aku nampak la ada sorang adik manis ni, bertudung litup pegang backpack warna merah. Aku senyum ke arah dia, dan aku duduk sebelah. Kenapa senyum? Sebab backpack dia yang dipegang tu, sebijik gila dengan yang aku punya back in the UK. Like legit, brand sama saiz sama warna sama. Aku cam ya Alloh, tolongin nabila ya Alloh.

Dan one thing bila kau jalan sorang ni, kau jadi peramah nak mampus. Sebab kalau kau tak bukak mulut, kau loser gila. Jadi di sini lah aku berjumpa insan mantop bernama Aina Wafi (time tu kenal nama Aina je, apa dia buat aku tak tanya pun. balik tengok fb dia baru tahu, cis budak ni bukan sebarangan budak. orang kuat masyarakat nih). Selama 10 minit atas bas tu, aku yang mulut kepoh ni banyak jugak la berceloteh. Pastu aku rekomen jugak la tempat tempat nice, lubuk makan, landmark bangunan. Sampaikan memang dia follow la nasihat aku pergi bangunan World Heritage Site Georgetown tu dan jumpa pakcik receptionist yang ya Allah baik gila namatey (dia bulat-bulatkan street art mana yang popular kat lorong mana and stuff). Aku tak sempat borak panjang dengan pakcik tu, sebab tak sabar nak ditch backpack berat kat hostel. Tapi boleh je korang tanya Aina apa dia borak dengan pakcik tu, nampak gaya macam banyak.

Dan Aina jugak la yang teman aku breakfast dekat Roti Canai Transfer Road tu (berjumpa di situ tanpa plan okay). Sejam jugak berborak, aku yang dah habis milo ais tu terhirup hirup la gelas kosong tu. Dan sebab kitorang tak plan habuk dan gerak macam koboi ni, terjumpa balik kat bas stop mengarah ke Bukit Bendera. Okay la, nampak tak tu Aina tak boleh lekang dengan aku (ngeh, perasan jap). Tapi, masing-masing buat hal masing-masing, sebab at one point aku datang Penang pun memang nak jalan sorang. Jadi bergeraklah kami bersama, tapi macam sorang. Haaa, unik kan?

Dan atas Bukit Bendera tu, aku jumpa jugak budak laki time sekolah kolej islam dulu. Aku tegur je la, hai hai gitu pastu bai la. Malas nak berlama kat puncak tu, nak kejar masa check out kan. Aku toleh jugak kiri kanan cari Aina, kot la dia terlupa yang dia pun kena check out jugak tapi tak nampak. Dah turun gamaknya, jadi aku gerak je la.

Dan ada jugak high school mate aku yang perempuan dengan mulia hati datang ambik aku kat Bukit Bendera. Okay dia ni, memang sumpah lama tak jumpa. Rasanya last time ambik result SPM and that was what like 3 years ago! Budaknya kecik, comel je dan cakap pun tak banyak sangat. Tapi aku pun tak heran, banyak je benda aku ni nak cerita. Dia dengan sabarnya ya Allah mendengar (love you long time Peep). Dan sempat jugak la kami ke 3D Art Museum dan Upside Down Museum, dan pasemboq sekali lalu. Sekadar bergambar dan menghargai seni kegigihan artis zaman sekarang. Terbaik! Ada bahan nak insta, hehe.

Dan ramai jugak la orang yang memang aku tak sangka boleh jumpa, terjumpa di Penang. Keciknya dunia ni kan?

And last but not least, aku nampak, Tuhan tu ada di mana-mana sahaja.

Sebab tu aku namakan post ni "Aku dan Tuhan" sebab all the way, dalam diri aku keseorangan yang ada di sisi aku setiap ketika adalah Dia. He was always by my side, inside my head and never left me alone. Malam tu aku emo kejap dalam bilik (sebab lapar tapi takut nak keluar), dan akhirnya aku gigihkan diri ke 7 Eleven beli maggi. Dengan Dia. (ye seriusly aku datang Penang lubuk makanan dan aku makan maggi, please ada masa aku lemah okay. aku takut malam). Dan bila mana aku yang takut malam ni bergerak keseorangan, tidak lain dan tidak bukan aku berdoa "Semoga yang baik baik sahaja".

Aku sedar, kadang aku perlukan that time alone untuk kenal diri aku lebih rapat. Adakah aku masih aku yang dulu? Adakah aku masih dengan jahiliah diri aku? Adakah aku boleh berubah lagi jadi lebih better? Sebab tak lain dan tak bukan, all the time kau akan bercakap cakap dengan diri kau sendiri. Yes, bunyi macam orang gila, cakap sorang-sorang. Tapi serius doh, kau tak tahu selagi kau tak cuba.



4. Konklusi?


Ada masa, ada peluang. Just go for it.

Banyak ibrah (pengajaran) yang dapat kau korek, kerana dunia ni lubuk pengalaman, maka carilah mutiara di dasar dunia yang sementara ini buat bekal di alam abadi.










































Yang pemalas menulis,
Nur Alia Hazwa
Nikon D5100 with a 50mm Prime Lens | Auto no flash










Comments

Popular Posts