Aku dan Tuhan: Jordan (Part 1)
"Cukup."
****
Kadang kita tak sedar, sebenarnya kita berada dalam keadaan yang serba cukup. Serba sempurna. Serba lengkap.
Namun, kita di sini masih mengeluh. Masih tidak sedar dan masih melihat ke arah orang yang berada lebih tinggi kedudukannya daripada kita.
Lalu bertanya, "Kenapa Tuhan tak berikan aku lebih seperti mereka di atas sana?".
Mereka punya harta melimpah ruah, kita juga mahu sama. Mereka punya anak ramai, kita mengeluh kenapa masih tidak dikurniakan jodoh. Mereka punya pendidikan dan masa terluang, kenapa kita perlu bersusah?
Jordan.
Jordan.
Jordan.
12 hari di Jordan.
Jordan mengajar insan yang lupa diri seperti aku ini untuk terus berasa "cukup". Daripada orang-orang Jordan itu sendiri, keadaan persekitaran itu sendiri, dan sahabat-sahabat seperjuangan itu sendiri. Dan juga paling utama, orang-orang yang terus berdegil untuk kejar kehidupan -- iaitu pelarian Syria. Masha Allah, semoga Tuhan terus berkati dan mudahkan hidup mereka ini.
Pelarian?
Dalam kekalutan perang yang meletus, mereka menjadi mangsa. Mangsa kekejaman, penindasan dan ketidakpedulian dunia. Ye, bukan hanya dua pihak yang bersalah, tetapi satu dunia. Termasuk kita.
Mereka mengajar aku erti sebenar "kehidupan", untuk terus melihat ke hadapan dan bergembira dengan apa yang ada.
Pabila ditanya, "Apa lagi yang kamu perlukan yang mungkin kami boleh bantu?"
Dan balasnya cuma satu : "Cukup."
Orang-orang ini, hidupnya pernah bahagia. Namun kini penuh derita dan sengsara.
Abu Gharam, sehingga ditembak di lututnya dari belakang oleh rejim pengganas -- cuba menahan mereka daripada lari ke sempadan. Tapi, digagahkan juga dan tembakan itu tidak menghalang. Dibawa anak-anaknya lari daripada kehidupan bak hidup tapi mati. Sehinggakan bila sampai di sempadan Syria-Jordan, polis pengawal terkejut, "Kenapa kau mengendong mayat?". Walhal, itu adalah anak ketiganya, yang terlalu lemah dan sakit sehinggakan rupanya sudah seperti mayat, tapi masih bernyawa.
Abu Abdullah, lelaki jiwa tegas yang alhamdulillah rezeki baginya bertemu dengan rakan-rakan TSDBJ, mereka banyak membantu. Itupun bila ditanya juga, "Ada apa yang kamu perlukan?", jawabnya juga "Cukup.".
Kehidupan ini umpama bola. Kadang bergembira main dalam pagar rumah, tapi boleh sahaja mengundang dendam bila memecah tingkap jiran. Daripada punya kilang di Syria, tapi sekarang semuanya hilang ditelan tanah. Daripada rumah yang selesa lengkap segalanya, kini hanya berumah batu itupun lebih baik daripada yang lain yang cuma berbumbungkan kain, berlantaikan tanah -- malam-malam dinginnya hanya Tuhan yang tahu.
Dua insan ini, dalam hidup serba dhaif sekalipun, masih menampak senyum dari kiri ke kanan memuliakan kami sebagai tetamu, seperti raja layanannya. Makanan apa sahaja yang ada semua dikeluarkan, kerana ini adat mereka. Sedangkan realitinya makanan tadi entah stok mereka berapa lama.
Maka apa lagi yang kita keluhkan?
Maka apa lagi yang kita sedihkan?
Maka nikmat apa lagi yang Tuhan tak berikan?
Cukup. Kita sudah cukup.

"Jikalau mereka sungguh-sungguh reda dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul Nya kepada mereka dan mereka berkata: 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian daripada kurniaan Nya dan demikian (pula) Rasul Nya, sesungguhnya kami adalah orang yang berharap kepada Allah, (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka)." (At Taubah : 59)
Jordan.
Jordan.
Jordan.
12 hari di Jordan.
Jordan mengajar insan yang lupa diri seperti aku ini untuk terus berasa "cukup". Daripada orang-orang Jordan itu sendiri, keadaan persekitaran itu sendiri, dan sahabat-sahabat seperjuangan itu sendiri. Dan juga paling utama, orang-orang yang terus berdegil untuk kejar kehidupan -- iaitu pelarian Syria. Masha Allah, semoga Tuhan terus berkati dan mudahkan hidup mereka ini.
Pelarian?
Dalam kekalutan perang yang meletus, mereka menjadi mangsa. Mangsa kekejaman, penindasan dan ketidakpedulian dunia. Ye, bukan hanya dua pihak yang bersalah, tetapi satu dunia. Termasuk kita.
Mereka mengajar aku erti sebenar "kehidupan", untuk terus melihat ke hadapan dan bergembira dengan apa yang ada.
Pabila ditanya, "Apa lagi yang kamu perlukan yang mungkin kami boleh bantu?"
Dan balasnya cuma satu : "Cukup."
Orang-orang ini, hidupnya pernah bahagia. Namun kini penuh derita dan sengsara.
Abu Gharam, sehingga ditembak di lututnya dari belakang oleh rejim pengganas -- cuba menahan mereka daripada lari ke sempadan. Tapi, digagahkan juga dan tembakan itu tidak menghalang. Dibawa anak-anaknya lari daripada kehidupan bak hidup tapi mati. Sehinggakan bila sampai di sempadan Syria-Jordan, polis pengawal terkejut, "Kenapa kau mengendong mayat?". Walhal, itu adalah anak ketiganya, yang terlalu lemah dan sakit sehinggakan rupanya sudah seperti mayat, tapi masih bernyawa.
Abu Abdullah, lelaki jiwa tegas yang alhamdulillah rezeki baginya bertemu dengan rakan-rakan TSDBJ, mereka banyak membantu. Itupun bila ditanya juga, "Ada apa yang kamu perlukan?", jawabnya juga "Cukup.".
Kehidupan ini umpama bola. Kadang bergembira main dalam pagar rumah, tapi boleh sahaja mengundang dendam bila memecah tingkap jiran. Daripada punya kilang di Syria, tapi sekarang semuanya hilang ditelan tanah. Daripada rumah yang selesa lengkap segalanya, kini hanya berumah batu itupun lebih baik daripada yang lain yang cuma berbumbungkan kain, berlantaikan tanah -- malam-malam dinginnya hanya Tuhan yang tahu.
Dua insan ini, dalam hidup serba dhaif sekalipun, masih menampak senyum dari kiri ke kanan memuliakan kami sebagai tetamu, seperti raja layanannya. Makanan apa sahaja yang ada semua dikeluarkan, kerana ini adat mereka. Sedangkan realitinya makanan tadi entah stok mereka berapa lama.
Maka apa lagi yang kita keluhkan?
Maka apa lagi yang kita sedihkan?
Maka nikmat apa lagi yang Tuhan tak berikan?
Cukup. Kita sudah cukup.

Comments
Post a Comment