Baggage

Mata aku dibuka perlahan. Kepala yang disandarkan pada cermin tingkap itu ku alih sedikit, cari selesa. Aku lihat keluar. Papan tanda bertulis "Terminal 4" berlalu dengan perlahan di hadapan mata.

Terminal 4? Hm kenapa ada perasaan macam terminal ni penting?

Hm. hm.

"Oh shit."

Mata terus terbuka luas!

Pantas aku bangun, haversack berat di sebelah terus digalas sebelah bahu. Aku berlari-lari anak ke hadapan mengarah ke pakcik drebar bas.

"Ehem excuse me sir! May I ask, is that Terminal 4 that has just passed us?"

"Yes. I stopped and opened the door for a few minutes, but nobody went down.", secara bersahaja pakcik tu reply.

Muka aku putih terus, bagai ayam telan kapur. Macam mana ni? Macam mana ni?! Baru je doa sebelum naik bas bernombor 230 tadi, aku pohon "Ya Allah, selama aku travel ni selalu je ada drama-drama Suri Hati Mr Pilot atau yang seangkatan dengannya. Kali ni aku pohon sekali je, tolonglah takde drama. Please, Tuhan please."

Ternyata malam itu bukan malam lailatul qadar kot.

Sigh.

"Excuse me sir, can I ask you something? Sorry to bother you anyway.", padahal dalam hati tahu je polisi tak boleh kacau pakcik bas yang sedang memandu takut dia terleka, kang padah.

"You want to ask how to get back to Terminal 4, aite love?"

Tahan je aku tengok pakcik tu menyengih sisi. Aih, kalau tak kerana aku cuak ni, boleh tahan aku rasa comel nak gigit je pakcik KFC ni.

"Yes, please."

Eh bukan aku yang jawab! Ada pakcik India sikit sebelah aku yang jawab. Terkejut den! Waktu tu macam nak tergelak jugak, tapi tak sampai hati pulak rasa. Rupanya, aku bukan keseorangan dalam drama terlepas terminal ni. Oh Heathrow, why so many terminals dehh?

Dalam 10 minit jugak la pakcik tu bagi penerangan kat kitorang berdua (dan mungkin ada juga orang lain yang turut mendengar, hehe), sepanjang perjalanan sampai Terminal 5, the next terminal. So basically, the moment the bus stopped, aku terus bangun dan bergerak pantas ke pintu bas.

Why the rush?

Walaupun aku ada tiga jam lagi sebelum waktu departure flight Air France kitorang, considering between me and Pujah we have almost 5 luggages to check in -- confirm tak cukup masa! Belum tambah lagi masa perjalanan yang dianggar oleh pakcik bas dalam 30 hingga 40 minit dari Terminal 5 ke Terminal 4.

Lari?

Dalam hati: "Run, wawa, run!" (gaya jerit cerita Run, Forrest, Run!)

... dan aku tak lari.

Kenapa? Sebab -- baggage.

I was dragging luggage besar worth 33 kilos, haversack yang berat macam mak datuk, and small luggage bila ditarik rasa macam tarik lembu dengan hidungnya.

Baggage.

Time tu perasaan macam nak menyumpah seranah diri macam, "PAHAL KAU PACK BANYAK GILA BARANG NI TANPA FIKIR KAU BOLEH TARIK KE TAK?!"

Tapi bila fikir balik ni barang amanah orang, hati kecil aku terus terdiam. Istighfar wawa, istighfar. Ada hikmah dia Allah bagi kau drama jugak trip kali ni (awal awal lagi dah drama!). Belajar lah erti sabar sikit, boleh?

Walaupun yang tukang angkat beg-beg kitorang naik tangga ke rumah Hanabira pun mengeluh juga,


"Korang bawak peti ais ke dalam ni?"



*****



Point of the story malam ni:

Nak cakap pasal baggage sebenarnya. "Baggage" ni ada banyak maksud lah, ikut cara pandang kau macam mana.

Secara fizikal atau lahiriah, "baggage" ni beg yang kau sorong sana sini tu lah. Lagi-lagi budak budak oversea yang balik kampung haritu, baggage kau orang mesti penuh cekelat, cikedis, kasut, handbag, keychain untuk mak pak adik kakak abang makcik pakcik anak sedara cucu sedara kau kat rumah kan? Kalau boleh ngam-ngam 30 kilo beg kau tu naik masuk cargo.

Secara mental atau jiwa raga, "baggage" ni macam satu beban perasaan yang kau tahu dia ada tapi tanpa sedar kau tak buat apa apa. Tak faham? Okay takpe, tak perlu pun faham.


Dalam kita tak sedar, kita kadang tanpa sengaja menjalani kehidupan kita dengan bagasi-bagasi. Bagasi tak kira sama ada daripada keluarga, sahabat taulan, insan tersayang atau orang yang kita tak kenal pun siapa. Tapi effect "bagasi" ini kepada emosi, cara fikir dan perjalanan hidup kita ni agak berat.

Contoh:

Bagasi keluarga. Bukan nak cakap buruk atau tampar air kena muka sendiri ke apa, tapi kebanyakan daripada kita dibesarkan dengan bagasi keluarga yang mengharapkan kita untuk skor 100 peratus dalam segala benda yang ada kat sekolah. Aku yang lemah bab bertukang ni contohnya, sangatlah terbeban bila masuk bengkel kayu sekolah dulu. Bila tunjuk ayah hasil kerja kayu kau, ayah akan kata "Macam mana nak skor ni kayu macam ni?".

Ataupun bila kau tak skor A+ subjek Matematik Tambahan tapi mak kau cikgu Matematik. Itulah dia, bagasi untuk kau cemerlang akademik

Ataupun kisah kau kena rotan sebab balik rumah lepas maghrib padahal mak kau dah pesan, "setan merayap waktu maghrib". Itulah dia, bagasi untuk kau berdisiplin sentiasa.

Macam biasa dengar? Mesti ada kan?

Alah, perkataan sinonim paling mudah dia adalah -- ekspektasi. Gittu melayu dia! Haha.


Yes, expeh-peh-tations.


Kalau kau duduk sekejap bucu katil, cuba fikir sat. Apa bagasi-bagasi tambahan yang kau sedang tarik selama umur kau, what 22 tahun, ni?


Sahabat, ada sesetengah yang sentiasa akan expect kau untuk bersedia untuk tolong bila-bila masa sahaja.

Insan tersayang, ada sesetengah yang sentiasa akan expect kau untuk menyayangi dan melayan kau sebaik-baiknya.

Orang yang tak kenal, ada sesetengah yang sentiasa akan expect kau untuk toleransi bila bab berdiri dalam bas.


Tak, jangan salah sangka. Bukan tujuan aku tulis harini untuk kata bagasi-bagasi yang kita bawa kiri kanan ni semuanya benda buruk-buruk. Ada sisi baik, dan ada sisi buruknya. Cuma kita kadang lupa untuk berdiri sebentar dan berfikir sejenak, sebab realitinya bagasi-bagasi ni kita bawa tanpa kita sedar effect dalam kehidupan seharian kita.


PROS:

Bagasi ini ada baiknya. Contoh, ekspektasi ibu bapa kita untuk sentiasa cemerlang dalam pelajaran. Yes, aku bukan orang yang jenis kata "takpe pelajaran itu sekadar sehelai kertas kayu je untuk kau tayang sana sini".

Tak. Aku tekankan, memang pelajaran itu penting. Dan memang ekpektasi ibu bapa kita tu ada logiknya. Kau nanti jadi mak pak nanti pun, mesti kau nak anak-anak kau cemerlang dunia akhirat. Kan?

Tapi, situasi ini ada juga tapinya.


CONS:

Sebagai ibu bapa sahabat keluarga, kita tak boleh la meletakkan sesuatu ekspektasi yang tinggi terhadap orang di sekeliling kita. Kau tak boleh lah nak expect anak kau skor 14 A+ walhal minatnya dalam bidang lain kambing, atau bidang lain selain akademik. Kau tak boleh lah nak expect sahabat kau untuk terus ada di sisi kau bila-bila sahaja kau perlukan, diorang juga ada life diorang sendiri.

Realitinya, ramai yang kecundang dengan bagasi-bagasi yang kita bawak ni.

Contoh, yang belajar kat UK ni sahaja ramai yang senyap-senyap buat appointment dengan pakar terapi psikaitri (ah kejadah la dia aku tak reti nak eja), paling tak pun sebulan sekali. Atau appointment senyap dengan Dia Yang Maha Esa sehari lima kali. Ramai je kecundang dengan bagasi "kau budak over the sea, jadi lah macam budak over the sea sikit". Jangan terkejut andainya ada yang masuk hospital sebab ini.

God knows what budak over the sea actually has to do here!

Walaupun slip SPM kau A plus berderet, A Level kau was as smooth as hell; jangan terkejut kalau degree life kau nanti kau akan merasai depresi.

Nauzubillahi minzalik, tapi itu realiti yang kita semua perlu telan.

(tapi ini secara general, aku tak point pada siapa siapa mahupun aku point pada diri aku sendiri. siapa yang macam ni, sama lah kita. siapa yang tak macam ni, bersyukur lah anda.)



SOLUSI:

Hanya kau sahaja tahu apa bagasi yang kau bawa, apa barang dalam bagasi kau, dan apa cara nak mudahkan perjalanan hidup kau dengan bagasi-bagasi itu.

Aku?

Aku jenis hit and run.

Berat sikit, tinggal.

Susah sikit, tinggal.

Payah sikit, aku buang mana tak perlu.


At the end of the day, aku sedar hati aku kering. Kering sampai peduli apa aku pada apa yang jadi pada bagasi-bagasi itu. Ish ish, wawa ni tak baik lah.




Jangan lupa juga!

Sambil-sambil kau fikir bagasi apa yang kau sedang tarik nak kejar flight kat Terminal 4 tu, jangan lupa juga yang kau juga mungkin sahaja antara salah satu bagasi terhadap orang lain. Kau juga yang sedang melambatkan orang lain, kau juga sedang membebankan orang lain.

Kalau sedar, bagus. Jadilah lebih baik daripada itu, jadilah yang ringan buat insan keliling mu. Jadi bagasi yang orang akan bahagia tarik bersama-sama, nak bercuti di alam sungai mengalir madu dan arak tak memabukkan itu.

Jadilah bagasi yang orang akan bukak dan tersenyum, kerana penuh mutiara berkilat lit lap lit lap; bukan pasir semata.

Jadilah bagasi yang orang akan bukak dan melepaskan nafas lega, kerana ada juga pakaian salin lepas tertumpah mocha kat stesen keretapi tadi.



Jadi sekarang,

kau sedang tarik apa tu?










Yang kadang beban dan membebankan orang lain.


Dunkirk, Nottingham
Lepas sahur 28 Ramadan





Comments

Popular Posts